Dekorasi

Assalamualaikum w.b.t
Salam maal hijrah..
Salam awal muharam =)

Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk menyiapkan bekalan di akhirat kelak.. Disebabkan blog balai islam pun dah semakin berabuk.. fuhh..fuhh.. kasi buang sikit habuk.. kasi post baru..hehe.. sempena maal hijrah ni, meh kte kaji sikit2 sejarah maal hijrah. untuk diri saye juge dan pembace yang laen =) Dan untuk mengelakkan pembace yang ade sesetengahnyer malas nak bace panjang2, saye buat lam bentuk point-point..hehe.. saye juge ade masukkan gambar2 untuk dikongsi bersame =)

  1. Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini.
    Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish.
  2. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.
  3. Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish.
  4. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah. (Yathrib = Madinah)
  5. Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.

(Artikel dari www.iluvislam.com )

Dinner Balai Islam 2008





Dinner Balai Islam 2009


muslimin



muslimat


"Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.surah Ar’- Ra’d: 11


Dekorasi


'Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?''
Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.''
Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?''
Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.''
Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?''
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.''
(Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)'
Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. Maka tidak dapat lagi kita lari dari berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada apa yang dijadikan sebagai ibadat korban yang ditetapkan oleh Allah swt. Allah swt telah menceritakan di dalam al-quran mengenai dua makhluk yang amat dekat di sisiNya ini yang bermaksud:'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),' (As-Saaffat:102-103)



Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil,dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun,cinta Allah lebih agung dari segalanya,disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya. Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah swt.Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail,anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya ini,apatah lagi untuk menzalimi hambanya yang beriman yang akhirnya DIA mengurniakan rahmatNya:'Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: ' (As-Saaffat:107-108)



Sahabat,ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa, bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka.Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberianNya. Layakkah kita ke syurga berbekalkan mahar yang dibawa?
Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,


Bagaimana pula dengan cinta kita?Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa.
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawaSungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia.


Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta
Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja
Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya
Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja
Tunggu nanti bila meningkat tua
Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.
Marilah sama-sama kita bermuhasabah, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan!



Salam aidiladha~ hueee~
wassalam =)
TTK
Salam,

Entri ini ditulis berdasarkan keadaan semasa. Saya sebagai manusia biasa pun pernah mencarut. Tetapi sekurang-kurangnya, saya tidak jadikannya sebagai bahan rutin yang dikeluarkan dari mulut anugerah ALLAH.

Mulut ini dicipta oleh Allah adalah untuk mengatakan perkataan baik seperti membaca quran berzikir, berkata benar dan sebagainya. Mencarut bukan benda yang main-main, ALLAH sangat membenci orang yang suka mencarut. Malah Rasululullah sendiri pernah bersabda dalam hadith di dalam sahih Muslim :

Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah
Berdoa dengan doa orang-orang jahiliyah yang dimaksudkan di hadith tersebut ialah mencarut. Bayangkanlah kebencian rasulullah terhadap orang-orang yang mencarut sehinggakan baginda tidak mengaku umatnya. Mampukah kita selamat diakhirat kelak tanpa mendapat label sebagai seorang umat rasulullah.

Cukupkah amalan kita untuk masuk ke syurga jika rasulullah tak mengaku kita sebagai umat? Syafaat (privillege) umat rasulullah amat besar di akhirat kelak, maka rugilah kita sebagai umat rasulullah secara automatik, tidak diakui oleh rasulullah sebagai umatnya.

Mencarut boleh jadi dalam berbagai bentuk, boleh jadi dalam bentuk percakapan bahkan untuk zaman yang serba canggih, internet dan komputer ini, penulisan di blog ataupon di laman2 web sosial seperti Facebook dan sebagainya menjadi media untuk mereka meluahkan perasaan mereka. Semakin lama semakin mudah untuk kita mencarut. Sehinggakan seorang yang bisu, buta pon boleh mencarut.

Ingatlah sahabat, perbuatan yang keji dan terkutuk ini tak sepatutnya ada pada kita sebagai umat islam dan umat rasulullah. Hidup kita takkan menjadi berkat jika kita dibenci. Bukan hanya dibenci orang, malah ALLAH dan RasulNya pon membencinya. Mana lagi ruang kita nak cari untuk mencari keberkatan?

Dari keberkatan lah kita akan dapat kebahagiaan dunia dan diakhirat, kebahagiaan rumahtangga. Masakan isteri atau suami kita menyukai kita mencarut? selesa dengan cara hidup kita dengan mencarut? Kebahagiaan melalui perkataan carutan? Ada ke? Fikirkanlah wahai sahabatku.

Memang sedap dan puas hati bila kita mencarut. Saya sendiri pun tak menafikannya. Malah saya pun pernah merasainya. Tapi kebaikannya hanya terbatas setakat itu sahaja. Malah keburukannya berganda-ganda banyaknya.

Tak perlu disebutkan lagi keburukan, anda sendiri dapat fikir. Masing-masing berpelajaran tinggi. Tambahan pula, banyak keburukan telah saya sebutkan samada secara langsung atau tidak di awal artikel ini.

Syaitan tak pernah putus asa dalam menggoda kita untuk melakukan perkara yang dilarang. Ingatlah, syaitan lebih senang dan suka hidup bersama mereka yang mengikuti godaan mereka.

Dibenci Allah, Rasul dan masyarakat tetapi disukai syaitan? Adakah itu pilihan kita? Jika itulah pilihan kita, terpulanglah.

Jadi, sahabat-sahabat yang membaca artikel ini, marilah kita berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. Niat artikel ini ditulis ikhlas untuk menarik diri ini dan sahabat-sahabat sekalian supaya kembali ke jalan yang diredhai Allah.

Kita nak hidup cool, macho, chill, urban, sempoi, chic or wutever term boleh, tapi ada batasannya. Saya sendiri pun suke kehidupan sempoi-sempoi. Bak kate Mawi, dunia, dunia jugak akhirat jangan lupe. Mintalah berubah jangan jadikanya sebagai rutin.


Jazakumullah,
(Assalamuaaikum, entry ini diambil dari sebuah laman web islamic)
Dekorasi
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku; oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau banyak."
Dekorasi
Salam alaik.. ingin berkongsi satu kisah.. mungkin ada yang dah baca kisah ni, maka pada yang dah baca, sampaikan or cite pada sape2 yang tak pernah bace k.. (kisah ni diperoleh dari sahabat through email) tuk peringatan diri ini dan yang lain. insyaAllah~

'Sekadar renungan.....buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun: "Mana emak? " "Mak pergi menoreh," jawabnya. "Mana bapak?" "Bapak pergi kerja..." "Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. "Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan. "Awak ada berapa orang adik-beradik? " "Sepuluh." "Adik ni yang ke berapa?" "Saya yang kelapan." "Mana abang-abang kamu pergi?" "Tolong emak menoreh." "Adik puasa hari ini?" "Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya. Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?" "Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..". "Bapak kerja apa?" "Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ". Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu."Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.." Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?""Cuma RM3.00 sehari." "Ayahnya bekerja macam mana" "Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita. Renung2kan. wassalam~
Labels: 0 comments | | edit post
Al-Faizin
Assalamualaikum w.b.t.

Artikel ini khas ditujukan kepada anak-anak buah biro Pengisian dan Protokol IHRAM 09

Berkenaan Forum Perdana yang akan diadakan pada 12/9/2009, anda diberi kuasa penuh untuk memilih DUA tajuk terbaik bagi dijadikan tajuk utama pada forum tersebut.

(peringatan : Saya menulis bulat-bulat apa yang anda hantar kepada saya termasuk ejaan. Harap Maklum.)

1. Bicara Cinta Remaja
2. Kahwin mude ke kahwin tue - bdk2 u
3. Hakikat hidup seorang muslim dalam memperjuangkan agama Allah
4. Mencapai tingkat puasa tertinggi
5. Ilmu vs iman vs amal dan kepentingannya
6. hatiku milik siapa
7. cinta universal
8. rahsia dan klbhn mlm lailatul qadar
9. rmdhn pembna jati diri ummah
10. keindahan ramadhan
11. bgaimana ramadhanku ini
12. mujahadah di akhir ramadhan
13. ramadhan : keinsfan dri hati
14. pabila ramdhan hnya jdi tradisi
15. siswa siswi ramadhan
16. kstria ramadhan
17. sinar ramadhan
18. pabila ramadhan melambai/berlabuh
19. ramadhan : Iman n taqwa
20. dimana redha Allah
21. Ramadhan mmbntk insan y terpuji
22. kelebihan mlm 7 likur & panduan mendapatkannya
23. hkmah posa
24. kbrktn rmdhn
25. lailatlqdr ... xpon gbong skali
26. kesempurnaan rmdhn mnju mrdhotillah
27. puasa tp tk smayang, ok tk


orang lain juga boleh memberikan cadangan dan pandangan masing-masing

dan kepada ahli biro yang terlibat dalam ceramah mingguan di Surau, anda juga boleh menggunakan mana-mana tajuk dalam rundinga nanti.


terima kasih.....
TTK
Hati Adalah Radar yang Ajaib

Pernahkah anda rasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya?
Semua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa ada sesuatu yang menjadi ancaman kepada diri manusia dan ianya dapat dikesan oleh hati.

Sabda Rasullulah s.a.w: 'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.'

Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu diisi dengan sifat mahmudah(baik) maka hebatlah seluruh anggota badannya dan akan melahirkan seseorang yang berakhlak mulia. Jika hati telah dikotori dengan sifat mazmumah(keji) maka rosaklah peribadi dan akhlak seseorang itu.

Hati adalah radar yang hebat untuk mengesan perbuatan manusia, sama ada mengesan perkara yang baik atau buruk. Apabila kita melakukan perbuatan yang berdosa, kita akan mudah untuk rasa berdebar-debar dan cemas.Seterusnya ia akan menyebabkan kita rasa gelisah dan tertekan.

Isyarat ini sebenarnya bertujuan untuk menyuruh supaya seseorang untuk kembali pada Allah. Apabila kita memohon keampunan dan bertaubat maka hati kita akan kembali tenang.Hati yang berpenyakit dari segi batin perlu dirawat seberapa segera kerana ianya bukan sahaja memberikan kemudaratan pada ketenteraman jiwa malah boleh menyebabkan penyakit pada anggota badan.

Bagaimana hati mendapat tenaga dan kekuatan?

Makanan hati adalah taqwa kepada Allah.Zikir, membaca Al-Quran, menuntut ilmu agama, memberi zakat, bersedekah dan berbaik sangka adalah makanan hati yang enak dan lazat. Jika hati tidak diberi makan, maka seseorang itu akan menghidap penyakit batin dan zahir.Dengan cara memberikan makanan pada hati,barulah seseorang berhak untuk memperolehi kebahagiaan.

Apakah cara untuk merawat hati yang berpenyakit dan menghidupkan hati yang mati?

Caranya ialah dengan bertaubat.Meminta keampunan, mengingati kematian dan sentiasa melakukan amal kebajikan.Ini akan memulihkan dan menghidupkan semula hati.

Hanya dengan mengingati Allah seperti dalam firman Allah;

'(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.' (Ar-Ra'd :28)

Apabila hati kita mendustakan ayat-ayat Allah maka termasuklah kita dalam kategori hati yang berpenyakit sepertimana firmanNya;

'Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.' (Al-Baqarah:10)

Oleh itu,apabila hati kita mengesan sesuatu yang tidak menyenangkan maka marilah kita segera kembali kepada Allah sebelum hati kita menjadi keras.Ingatlah pesananNya yang bermaksud:

'Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.'(Al-Hadid:16)
TTK
TOO LATE FOR TEARS

Death knocked on the bedroom door.. “Who is there?”
The sleeping one cried.
“I’m angel Izrael, let me inside”
At once, the man began to shiver as one sweating in deadly fever.
He shouted to his wife,
“ Don’t let the Angel take my life.
Oh Angel of Death, I’m not ready yet
My family,on me depend,
Give me a chance to go back and mend”
The Angel knocked again..
“ Oh man,
It’s your soul that I required,
I come not with my own desire”
Bewildered, the man began to cry:
“Oh Angel, I’m so afraid to die,
Let me remain here as your slave,
Don’t send me to the grave”
“Let me in, Oh man” the Angel said
“Open the door,
Get up from your bed,
You can’t stop me from coming in,
Angels can go through objects,
Thick and thin.”
The man held a gun in his right hand,
Ready to defy the Angel’s stand.
“I’ll my gun towards your head.
You dare come in – I’ll shoot you dead.”
By now, the Angle was in the room,
Saying, “Oh man,prepare for your doom,
Foolish man – Angels never die.
Put your gun and do not sigh.
Why are you afraid-Tell me Oh man
To die according to Allah’s plan?”
“Oh Angel, I bow my head in shame,
I had no time to remember Allah’s name.
From dawn till dusk, I made my wealth,
Not even caring for my spiritual health.
Allah’s commands I never obeyed,
Nor five times a day I ever prayed.
A Ramadhan came and
A Ramadhan went,
But no time had I repent.
The Hajj was already obligatory upon me,
But I would not part with my money.
All charities I did ignore
Taking usury more and more.
Sometimes I sipped my favourite wine,
With flirting women I sat to dine.
Oh Angel I appeal to you,
Spare my life for a year or two.
The laws of The Qur’an, I will obey,
I’ll began Salat- this very day.
My fast and Hajj I will complete,
And keep away from self-conceit.
I will refrain from usury,
And give all my wealth to charity.
Wine and unlawful women,
I will detest,
Allah’s oneness I will attest.”
“We Angels do what Allah demands,
We cannot go against His commands
Death is ordained for everyone-
father,mother,daughter and son.
I’m afraid, this moment is your last,
Now be reminded of your past.
I do understand your fears
But it is now too late for tears.
You lived in this world,
Two score or more,
Your parents you did not obey,
Hungry beggars, you turned away.
Your two ill-mannered, female offspring
In nightclubs, for livehood they sing.
Instead of making more Muslims,
Yoi made your children non-Muslims.
You ignored the Azan (call to prayer)
Nor did you recite The Holy Qur’an.
Breaking promises all your life,
Backbiting friends and causing strife.
From hoarded goods,
Great profits you made,
And your poor workers-
You underpaid.
Horses and cards were your leisure,
Money-making was your pleasure
You ate and ate,
And grew more fat,
With the very sick, you never sat.
A little donation, you never gave
That could a little baby save.
You thought you’re clever and strong,
But Oh man,
You’ve done so many wrong.
Paradise for you? I cannot tell
The disbeliever will dwell in hell.
There is no time for you to repent,
I’ll take your soul for which I am sent.”
TTK
Tazkirah Remaja: Lima cara syukuri nikmat Bersama Mohd Zawawi Yusoh


KETIKA Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf di keliling Kaabah, beliau terdengar doa seorang lelaki.

"Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit."



Terkedu juga Saidina Umar dengan doa yang agak ganjil itu.

Biasanya manusia suka kepada kumpulan yang ramai. Malah, kita sendiri mahu mempunyai ramai kawan. Jika pengikut ramai, lagi kukuh dan gah kita.

Tetapi lain pula halnya dengan lelaki terbabit.

Apabila ditanya, rupanya lelaki itu menjelaskan begini: "Tidakkah tuan baca dalam al-Quran. Allah menjelaskan ayat yang bermaksud:...sedikit sahaja di kalangan hamba-Ku yang bersyukur..." Rupanya, dia berdoa supaya menjadi golongan orang yang bersyukur.

Daripada ayat itu, memanglah Allah memberitahu kita sangat sedikit orang yang tahu

berterima kasih dan bersyukur. Tersenyum Saidina Umar.

Sangat ramai di kalangan manusia sibuk berfikir bagaimana hendak mendapat yang diidamkan. Tetapi sangat sedikit manusia yang berfikir, bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan dengan apa yang dimiliki.

Kita wajib bersyukur kerana dengan bersyukur kita mendapat jaminan pertambahan dan gandaan. Yang menjamin ini datang daripada Tuhan Yang Maha Kaya lagi Berkuasa iaitu Allah.

Firman Allah bermaksud: "Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

Jika kita perhatikan, zaman sekarang mana ada yang percuma. Semuanya mesti dibayar, malah sikit-sikit bil, sikit-sikit bil. Lambat bayar kena amaran, lama-lama kena tindakan.

Tetapi Allah, Tuhan Yang Maha Kaya, boleh memberikan secara percuma tanpa bil seperti udara percuma, jantung percuma, mata dapat melihat tanpa bayaran, malah semuanya tidak kena bayar.

Apabila dikenangkan kebaikan percuma, sepatutnya timbul rasa terima kasih dalam diri kita kepada pihak yang memberi itu iaitu Allah. Itulah namanya bersyukur.

Remaja yang sentiasa fikirkan kebaikan orang tuanya juga akan timbul di dalam dirinya rasa ingin membalas budi terhadap segala jasa dan pengorbanan mereka yang tidak terkira.

Bersyukur itu sangat besar kedudukan dalam Islam. Tetapi jika tidak bersyukur jadi kufur.

Oleh itu, marilah kita bersyukur. Bagaimana bentuk syukur patut kita lakukan? Sebenarnya ada lima bentuk syukur nikmat perlu kita renungkan.

Pertama: Yakinlah segala nikmat itu datang daripada Allah.

Kedua: Apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada Pemberinya iaitu Allah. Kalau kita cerdik, ucap saja 'alhamdulillah' (segala puji bagi Allah) kerana yang memberi otak dan kecerdikan ialah Allah.

Ketiga: Terima kasih pada orang yang menjadikan penyebab nikmat. Bila cerdik kena syukur juga pada orang yang membantu kita cerdik seperti guru dan ibu ayah.

Keempat: Jadikan segala nikmat diperoleh sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah.

Jika kita mendapat anak misalnya, cara bersyukur ialah didik anak betul-betul hingga menjadi orang berguna pada agama, bangsa dan negara. Mereka yang menjadi guru dan mempunyai ilmu patut berkhidmat dengan ikhlas untuk umat.

Kelima: Ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. Memperlihatkan sebahagian nikmat adalah termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi dalam bab ini, kita mesti berhati-hati, kerana dibimbangi mengundang riya'.
TTK
MALAM NISFU SYAABAN

Kelebihan-kelebihannya:

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.

(Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

(Riwayat Baihaqi).

Berkata Imam Shafie:

Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali:

Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.


MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN

Para tabiin ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:

Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabiin dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.

Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabiiin itu dan dilakukan juga oleh para ulama.
Al-Faizin
Assalamualaikum

Kepada muslimin dan muslimat yang tertanya2, dan mungkin malu untuk menyertai Balai Islam Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah, inilah masa yang paling ditunggu-tunggu

Marilah bersama-sama memeriahkan meja pameran (booth) Balai Islam sempena hari pengenalan projek yang diadakan mulai hari ini, 3Ogos 2009 hingga 4Ogos 2009 di Dewan Umarak, KKTB.

Kepada sesiapa yang masih ragu-ragu dan samar-samar tentang aktiviti yang dianjurkan pihak balai, jangan lepaskan peluang ini. pihak kami sentiasa akan memberikan maklumat terkini dan terbaik khas buat anda semua.

Tiada wang dikenakan, tiada caj perkhidmatan disediakan, memadai datang dan lihatlah dengan mata kepala anda sendiri dan berjumpa dengan wakil kami di meja pameran itu nanti..

Ingat, tawaran ini dijalankan selama DUA HARI sahaja. Usah tunggu lagi, marilah kita bertindak selaku muslim sejati dan bersama-sama menyertai Balai Islam bagi sesi kali ini.
TTK
Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.

"Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,

"Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Disini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi."

Disusuli oleh telinga, "Saya yang mendengarkan. "

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."

Bibir mengaku, "Saya yang merayu."

Lidah menambah, "Saya yang mengisap."

Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."

Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dimasukkan ke dalam jahanam. Padahal rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya:

"Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan", kata malaikat.

"Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:

"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata."
Labels: 1 comments | | edit post
TTK
Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...
Al-Faizin
assalamualaikum pembuka kata



waalaikumsalam dijawabnye



ok la, walaubagaimanapun msh blum trlambat utk mengucapkan selamat dtg, ahlan wasahlan, welcome buat semua pelajar tahun pertama sesi 2009/2010 ke kolej kediaman kedua...



jd sbg wakil kpd warga balai islam mengharapkan kehadiran anda semua bersama-sama dengan seluruh warga 'secholian' yang tua (maaf kepada sesiapa yg terasa) mengimarahkan surau kita, surau al-faizin..

balai islam akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tahun 2009 dan 2010.. untuk pengetahuan pelajar baru, pada tahun yg lalu, pelbagai program berjaya dijalankan antaranya ihya' ramadhan, kursus sembelihan, bulan imarah surau dan byk lg. kejayaan ini disebabkan oleh kepimpinan terdahulu yang menakjubkan dan kerjasama yang utuh antara ahli balai..

justeru itu, kami mengalu2kan kpd sesiapa sahaja yg berminat untuk menganggotai balai islam. tiada syarat khusus diberikan. inilah masanya bagi anda untuk menyumbang bakti dan tenaga untuk memartabatkan islam yg kini kian menjadi mangsa kecaman dan ancaman, secara sedar atau tak.

sebarang pertanyaan boleh la diajukan terus kpd ajk balai islam yg berdekatan.. ataupun anda boleh berbuat demikian dengan menghantar ke email berikut :

alanspace_vi@yahoo.com


akhir kata, selamat meneruskan pengajian di universiti malaya dengan jayanya. semoga kita sama2 dpt meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kpd Allah S.W.T. kepada sesiapa yg msh menghadapi minggu orientasi di fakulti masing2, diharap anda bersabar dan tabah kerana sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang2 yg sbr.



'janganlah kita memutuskan hubungan silaturrahim, jika tidak Allah sendiri akan memutuskannya'
Dakwah

Di musim cuti2 sem ni,kita ada banyak masa terluang,tapi adakah kita menggunakan masa kita sebaiknya??kadang2 kita alpa..kadang2 kita lupa..kadang2 kita lalai dengan urusan yang langsung tidak memberi manfaat kepada kita....masa cuti..

kita qadha tidur banyak2 kat rumah..masa yang sepatutnya digunakan untk membantu keluarga dan mengurangkan beban mereka di rumah,

kita khatam berpuluh2 keping dvd@vcd..masa yang sepatutnya kita gunakan untuk membaca dan khatam quran yang kita jarang sentuh ketika belajar yang kononnya xde mase nak mengaji.adakah mengaji hanya di bulan Ramadhan???..

kita sibuk melayari internet,chatting sana sini..masa yang sepatutnya kita gunakan untuk mengeratkan silatulrahim dengan keluarga,sanak saudara dan kawan yang lama tidak berjumpa..kalau berjumpa pun hanya masa hari raya..adakah ziarah-menziarahi sanak saudara hanya di hari raya aidilfitri??????

dan banyak lagi perkara yang merugikan diri kita sendiri kita lakukan ms cuti ni..dan beruntunglah orang 2 yang pandai menggunakan masa sebaiknya..masa adalah pedang,jika kita tidak tahu menggunakannya,pedang itu akan menghunus tuannya..berwaspadalah menggunakan masa sebaiknya..so,apa lagi..jom kita tingkatkan lagi amalan kita pd ms cuti ni

#solat berjamaah setiap waktu di surau yang berdekatan dengan rumah kita..
#mengaji sekurang2nya satu muka surat sehari..
#puasa sunat sekurang2nya sehari seminggu..
#baca al-mathurat sekurang2 nya sekali sehari..
#solat dhuha sekurang2nya sekali seminggu..

moga kita mendapat manfaat drp masa yang kita ada..kalau x boleh buat semua,bolehlah buat satu atau dua sebagai permulaan..insyaAllah lama2 yang lain dengan mudahnya kita dapat amalkan..

semoga beristiqamah..
Dakwah

Assalamualaikum..alhamdulillah..mungkin ni adalah first tulisan by dakwah dan komunikasi..antara biro yang selalu jadi pendiam w/pon hakikatnya tidaklah pendiam..dakwah means ajak dalam bahasa melayunye..komunikasi means bercakap,berhubung n seangkatan dengannye..

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak sahabat2 alfaizin sekalian untuk merenung kembali ape tujuan kita melibatkan diri dalam Balai Islam..adakah sekadar mahu aktif??adakah sekadar mahu mangenali dan dikenali orang lain? atau sekadar mahu melibatkan diri dengan aktiviti persatuan (balai islam)??...adakah apa yang kita niatkan sudah tercapai..seperti mana dalam hadis nawawi,hadis yang pertama..sesungguhnya setiap amaln itu dimulakan dengan niat..sampai akhir(rujuk balik)

Dalam hadis ni kate setiap perbuatan kita,amaln kita di nilai dengan ap yang diniatkan..kalo niat kita semata-mata untuk agama Allah dan meneruskan risalah RasulNya ,insyaAllah kita akan dapat ap yg kita niatkan..ingatlah bahawa Islam tidak memerlukan kita bahkan kita yang memerlukan Islam sebagai agama yang diredhai Allah selama-lamanya..

Oleh itu betulkan niat,sucikan hati untuk menegakkan agama Allah di bumi ini especially di kolej yang kita cintai ini..sekian untuk kali ini..
Penerbitan
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yang nazak, hampir ajaltidak dapat Berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimikMukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:"Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika mautmenghampirinya. "
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang . Sebagai orang beragamaIslam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya .

Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukanlidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supayalidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut."Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagimulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. aminYarobbala'lamin. ."Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.Subhanallah.

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui"Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah."Dimulakan dengan Indonesia yangterletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlahpenduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaanmasa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun launganAzan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azandilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutn ylaungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangkamasa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhirdi-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaanwaktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini,Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwaitdan Iraq .Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timurAtlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantaitimur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang dipantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan diIndonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang powerhabis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.Allahu Akhbar!
Pembangunan Insan
Kenapa saya timbulkan persoalan in?? Soal kematangan dikalangan kita termasuklah diri saya sendiri?? Kebanyakan daripada kita berumur 19-24, umur yang sepatutnya di mana kita tahu menilai, memikirkan dan menimbang semua perkara dengan sebaik-baiknya sendiri.

kadang-kadang saya rasa mereka yang dilahirkan dalam keadaan hidup yang susah jauh lebih bertuah berbanding kita yang lahir trang tang tang semua benda di depan mata. Kebanyakan mereka yang hidup susah ini lebih bijak dalam mengenal erti kehidupan di usia yang lebih muda berbanding kita.. Betapa ruginya kita....

Pernah berlaku di depan mata saya dan saya hampir menitiskan air mata melihatnya, seorang sahabat saya di matrik yang terpaksa meminjam stapler besar(stapler guna untuk stapler buku tebal) dari kedai fotostat digunakan untuk membaiki seliparnya yang tercabut. Mungkin bagi kita sepatutnya sahabat saya ni patut menukar ke selipar yang baru, tapi benda ini berlaku disebabkan kebolehannya untuk menilai kehidupan dari perspektif yang kita sendiri belum capai.

Kat UM ni sendiri saya pernah berjumpa dengan seorang student yang terpaksa mencari side income sendiri untuk perbelanjaannya di kampus, sesorang yang rasa sangat berdosa dan bersalah kepada keluarganya apabila membelanjakan terlalu banyak duit, seorang yang sanggup bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan sekeping tiket bas rapid KL walaupun terpaksa mengorbankan banyak masa, tanpa menggunakan LRT atau pun komuter.

Saya tahu keluarga sahabat yang saya sebutkan tadi bukanlah sebuah keluarga yang susah, bukan keluarga yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bukan keluarga yang tinggal di pondok kecil. Tapi kenapa mereka buat begitu??

Semuanya kerana atas dasar kematangan diri yang xnak menyusahkan keluarga dan rasa bersalah untuk menyusahkan keluarga walau sesusah mana pun situasi mereka. Kematangan mengajar mereka berfikiran seperti itu, susah untuk diterangkan di sini tanpa kita melihat dan menilai sendiri perbuatan mereka. Pandangan mereka mengenai kehidupan lebih luas, penilaian mereka tentang kehidupan jauh lebih tinggi berbanding kita yang sebenarnya hanya mencapai kematangan umur dan bukannya kematangan fikiran. Mungkin bukan semua, namun pasti ada.

Kita?? Apa yang kita lakukan?? Dah lah bukan dalam kesusahan, tapi tetap menyusahkan keluarga. Melebihkan kehendak dalam kehidupan. Mind setting dan pegangan kita selagi bergelar student dan belum berkerja, selagi itulah kita perlu di support oleh mak dan ayah. Pernah x kita terfikir umur 20++ sepatutnya bukanlah umur yang perlu disupport oleh family lagi?? sedangkan kota Konstantinople, sebuat kota yang besar dibuka oleh seorang remaja yang berumur 18 tahun. Mungkin ada yang xbersetuju dengan pendapat ni, kerana keluarga yang sememangnya sedia kaya dan mampu untuk memberi, namun sekiranya kita cukup matang untuk menilai kehidupan, kita tak sepatutnya berfikiran apa yang perlu saya terima dari keluarga pada umur ini sebaliknya apa yang perlu saya berikan kepada mereka. Mungkin kita tak mampu untuk memberi sumbangan material, tapi cukuplah walaupun hanya dengan tidak menyusahkan mereka walaupun kita tahu yang mereka mampu.

Kawan saya(tajaan JPA) pernah berkata yang dia selalu ketandusan wang ketika hujung sem..saya berfikir...RM6000+RM6000=RM12 000-RM4000 (yuran kolej 2 sem)=RM8000...makan da settle..tapi?? akhirnya telefon rumah minta duit..

Kita xmatang kerana kita tak memikirkan sesuatu itu sedalam-dalamnya, melihat sesuatu tanpa disertai dengan minda yang bergerak untuk memikirkannya. berbuat sesuatu tanpa berfikir dulu kesannya...Oleh itu, kita perlu berubah dan nilai diri kita sekarang juga, melihat setinggi mana kematangan kita dalam menilai kehidupan ini.
MT
salam...

sebenarnye, tiada pemberitahuan aktiviti yang nk dicanangkan di sini...sekadar terasa perlu mengisi ruang kosong kat sini, maaf kalo saya skema...hohoh

aktiviti sekarang masih sama dengan yang minggu sudah...

dan mungkin bagi sesetengah pihak, aktiviti mereka dah berubah kepada menghabiskan masa berbakti kepada keluarga dan orang kampung...atau kata lainnya, balik kampung bercuti

semoga apa2 jua yang dibuat adalah bertujuan mencari redha ALLAH...

yang masih di medan perang, teruskan usaha dan doa...buat sehabis baik!

yang dah bertukar aktiviti tu, sila menjaga hati dan diri...semoga nikmat waktu lapang yang ALLAH bagi ni digunakan dengan sebaiknya, nanti ALLAH tanya kat akhirat...;)

kepada pihak yang dah boleh bernafas lega sekarang ni, teruskan melafaz syukur...doakan kejayaan semua juga!

ALLAH sangat dekat dengan kita, dan ALLAH sangat sayangkan kita semua...
semoga ukhwah makin mantap, insyaALLAH...=)
MT
salamun alaik...
bertemu lagi d ari jumaat yg mulia, d penghulu segala hari...
semoga sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya...

macam biasa, hari jumaat adalah hari untuk memberitahu aktiviti2 ahli balai islam kat 2nd college ni...aktiviti minggu ini adalah :

nama aktiviti : mencurahkan segala ilmu yang sudah dihadam dan yang belum sempat hadam

aktiviti sebelum : menyerap semua ilmu yang sempat diserap dan disimpan untuk satu tempoh masa, dan bersiap untuk menghadapi saat penentuan

aktiviti semasa : mengeluarkan segala input yang dah diserap sebelum ni tanpa henti

aktiviti selepas : kelegaan atau kerisauan...menantikan hari berikutnya untuk tiba dan berlalu dengan segera

masa : dalam tempoh sebulan bermula 20 ApriL 2009

tempat kejadian : di kolej, di fakulti, di perpustakaan, di dewan peperiksaan, di mana2 yang sesuai

kesimpulannya, kita semua sekarang sedang berada dalam fikrah ujian atau lebih femes ngan nama peperiksaan akhir tahun atau yg lebih glemer 'final exam sem 2' (untuk fakulti tertentu, namanye lain2)

dalam tempoh ni, kita sangat terdesak dan oleh itu jangan lupa untuk berdoa...sebab, doa orang yang terdesak ini pasti akan dimakbulkan ALLAH...yakinlah
hubungan kita dengan ALLAH pasti lebih telus tanpa hijab sebab nafsu kita pun dah jinak sekarang ni, sebab sume bende bertumpu pada persediaan menghadapi peperiksaan...
mesti makan pun kurang, tido pun cukup2, bola pun kurang, harap internet pun kurang (harap2nye)

sekadar ingatan bersama...maaf jika terlanjur kata
selamat menjawab soalan peperiksaan...
kepada yang dah selesai melakukan aktiviti di atas, jangan putus doa, dan doakan kami yang masih di dalam tempoh melakukan aktiviti tersebut...dan terus bertawakal, ALLAH bersama kita
dakwah jangan tinggal ye kawan2...
ni ada serangkap doa yang boleh dibaca di musim peperiksaan ni, selamat beramal! =)

Bismillahirrahmanirrahim…
Ya Allah, beriknlah kami ksmptn waktu untk memohon dariMu..
anugerahknlah kjyaan dlm peperiksaan kami ini..
anugerahknlah kejayaan kpd semua rakan2 kami..
jgn ada antara kami yg sedihnya sendirian..
andai telah tulis d luhmahfuz akan kegagalan kami maka ubhlah mnjd kjyaan..
Engkau yg Maha Agung, mudah2 an kptsn fasa ini lbh cemerlang dr sebelumnya..
Kejayaan mengiringi kami..
berkatilah ilmuMu kpd kami agar dpt d manfaatkn ke jln Mu yg di redhai..aminn..

sumber : ustazah syarifah zaleha dan bendahari balai sesi 2007/2008

wALLAHualam...
Penerbitan
Debaran exam sangat terasa, semua orang bertungkus lumus b'perang dengan masa tido, masa ringankan kocet dan ms melompat2.
Saat ini, teman b'jy jg m'loloskn dr m'curi ms menunaikn tn ggjwb yg t'tunggak.

p'tama2nya, pesanan penaja ----
jgn b'henti baca sblum tba ke noktah t'akhir...


teman ingin b'kongsi sdkit sbyk ilmu yg dpat dr kuliah fiqh an-nisa' drpd ustzh sh. zaleha..


kome mesti pernah dgr ayat ni,




Pesanan penaja ---- jgn komen tulisan jawi di ats bak cakar ayam yg sdg marah bla kt kaco anak dia...



teman pasti kome slalu bc ayat ni,

sbnrnya inilh doa qunut yg slalu kt bc tiap2 hari, ttpi tak ramai yg tahu apa kelebihan doa qunut ni,
klu kt teliti smula ayt ni, dan bcnya dgn pnuh p'hytn, insyaALLAH solat dpt bntu kt elakkkn dr drpd m'lakukn k'mungkaran. apakh mksudnya?????


D sn mksudnya kt b'doa spy Allah :

  • m'beri kt petunjuk (apa jd bla Allah xbg petunjuk?? hidup t'umbangambing tanpa arah tujuan)
  • m'beri k'sihatn,( apa jad bla xsihat- sntiasa sakit dan ssh buat amal ibadat)
  • pelihara dr kt ( s'olah2 ada kuasa wali yg m'jg dr kt spnjg hari),
  • m'beri k'berkatn ats apa yg dikurniakn kpd kt,
  • dan selamat drpd bnda2 buruk.

Jk kt amalkn doa ini stiap hari dgn penuh khusyuk dan tawadhuk, InsyaAllah, Allah akan terima doa kt. Skrg t'bukti rahmat Allah sgt luas. sgla apa yg Allah perintahkn smuanya m'punyai k'lebihan yg t'sendr, cuma kt yg xsedar dan lakukan solat smbil lewa dan hnya untk tunaikn tuntutan yg Allah perintahkan.



dan lg satu.....



(psnan penaja-- jgn komen wlaupun tulisan dhmakin boleh ditterma tp ttp buruk)

ini doa yg kt bc stiap hari s'kurg2nya 17 kali, iaitu doa antr 2 sujud.

apakah kelebihannya?????knpakh mesti ada doa di antr 2sujud?

jk kt teliti maksud di sebalik doa ini:

Ya Allah, ampunilah dosa2ku,

  • kasihanilah daku,
  • tampunglah k'kuranganku,
  • angkatlah darjatku,
  • kurniaknlah rezeki kpdku,
  • berilah petunjuk kpdku,
  • berilah k'sihatn kpdku,
  • dan maafkanlh drku.

ini adlah satu lg doa yg amat baik diamalkan, dan Allah perintahkn kt amalknnya di antr 2sujud psy sujud ke2 lbih manis. dan doa s'org hamba pd sujud ke2 adlh doa yg mudah dimakbulkn Allah krn ktka itulah kt sujud, d mn kt m'rndahkn dr kt dhdpn Allah dgn m'letakkn kpla searas dgn kaki. waktu inilah kita akn rs sgt hina dihdpn Allah. waktu inilah s'org hamba akan dekat dgn Allah, waktu ini jg kt xrs malu dan buang sgala ego dhdpn Allah, waktu ini jg ms plig sesuai untuk m'adu kpd Allah. semoga doa yg kt baca antr 2sujud dpt buang sgla tabir dan benteng antr kt dgn Allah

t'bukti Allah amat kasih pd kt. Allah dah beri kt jln untuk dekatkan dr kpdnya, cuma kt yg tntukan smada mahu @ tidak

dlm sibuk nak exam ni, teman nk pesan, study2 jg, tp perintah Allah mesti diaulakan.di waktu yg t'desak ini jg, doa s'org hamba akan mudah dimakbulkan krn tika itu, doa kt akan fully khusyuk, krn hanya Allah yg dpt m'bantu kt saat genting ini.

perlu jg diingtkan al-ghayat (matlamat) dan al-wasilah (hubungan) kt dgn Allah jg perlu tetap untuk m'capai tahap mardhatillah (keredhaan Allah). jgn kt hnya ingat Allah di saat kt memerlukanNya, ttpi lupa bla kt sng. Kt perlu ingat bhwa org yg ingat Allah masa senang, Allah akan ingat dia bilamana dia susah.

Pesanan penaja--kpd bdk2 medik yg dh hmpir abis exam, tawakal dan doa byk2 pd Allah, dan kpd bdk2 dental yg br nak start exam next week(lmbt giler kome exam) dan bdk eng, alam bina, sains, dsbnya, slmat m'hadapi exam, bykkn b'doa.

sdkt kata2 dr Razzi Armansur:

"org y b'jy ialah org yg b'baik sangka thdp usahanya dan m'jangkakan akan b'jy. Apa yg disangka dan dijangkakan itulah doa dlm senyap"


MT
waKtu ini...

naMa aktiviti yang berlangSung : membaCa, menContenG, biBir terkumat-kamiT, kepaLa teranGGuk-anGGuk

wakTu : setiap detik dan saat

temPat : di mana2 anda berada

bagi sebahagian hamba, waktu seakan berlari pecut meninggalkannya...
bagi hamba yang lain, waktu itu ibarat angin sepoi2 bahasa yang betiup...x rasa pun kehadirannya, berlalu tanpa menyedarkan kita

apa2 pun perumpamaan masa pada kita, masa tetap x pernah tunggu kita...

maka...

sahabat2 sekalian, selamat berjuang ye...ALLAH turunkan ujian, dan DIA memberi limpahan kasih sayang-Nya di saat kita diuji ni...
banyakkan dekatkan diri pada ALLAH...

some words :
the poWer of ALLAH wihtin you,
is greATer than the pressures around you.
keeP goiNg, ALLAH is alwayS with yoU...
muSt today is bEttEr!

study2 gak, kerja islam jangan tinggal...dan kerepek masih dijual ye, jemput membeli...=)

semoga kejayaan dunia akhirat milik bersama, dan diredHai-Nya...
Pembangunan Insan

Just ingin berkongsi perkara yang bagi saya dapat menambahkan keimanan kita kepada ALLAH.

Staphylococcus aureus (under electron microscop)



Kenapa dengan gambar ni??

Anda tahu tak betapa hebatnya bacteria ni??

Bakteria ini adalah salah satu dari berjuta-juta bakteria yang boleh membawa penyakit. Selepas farmakologis seluruh dunia memerah otak, tidur n makan dalam lab memikirkan ubat yang perlu dicipta, akhirnya dapatlah ubat yang sesuai iaitu Methylcillin (buat ubat ni bukan ambil masa 1 2 minggu ja ya kawan2). Tapi, lepas setahun kemudian, bakteria ni berjaya beradaptasi serta imun terhadap ubat tu (still hidup lagi biar pun da bg ubat tu)... Hebat x?? kalau nak kata bakteria ni ada akal rasanya x da, tapi dah sama hebat cam faramakologis... dah la saiz takat nano n micron ja...SUBAHANALLAH...hebat sungguh ciptaan ALLAH...







Seterusnya nak cerita pasal warna kulit. Semua orang di dunia ni berbeza.. Ada yang putih, ada yang kurang putih, coklat, coklat tua sikit, kuning langsat.. Kalau ikut sains, mesti orang cakap berbeza sebab DNA setiap orang xsama... Ya, salah satu penyebab sebab genetik... tapi kenapa ada kes yang mak ayah putih tapi anak gelap atau pun tiba2 ada sorang apek yang memang pure2 chinese tp kulit cam orang melayu...

Sebenarnya, suma benda yang ALLAH bagi kat kita ni ada fungsinya dan bukannya nak menghina atau memalukan.. perbezaan warna kulit ni disebabkan oleh bilangan melanin yang ada dalam kulit, kalau banyak bermakna orang tu gelap dan sebaliknya...tapi tahu x yang melanin ni la yang menyelamatkan kita dari kanser kulit, dari sunburn...sebab tahap kemampuan badan setiap orang berbeza, kemungkinan kulit seseorang itu nipis dan kalau ALLAH jadikan dia ni putih dia mudah dapat penyakit yang berpunca dari matahari...so ALLAH jadikanlah dia gelap sedikit sebagai perlindungan dari penyakit... sekarang pilih, nak jadi putih ke atau nak penyakit??

ALLAH sayangkan kita sbb tu DIA ciptakan kita seperti apa kita sekarang kerana itulah yang terbaik untuk kita...so, kita xda hak untuk menghina orang lain sbb ntah2 ALLAH lagi sayang orang tu dari diri kita, ok...

Sekadar pengisian buat kita semua sebagai tanda kasih sayang kita sesama muslim

MT
nampaknye, tiada pengumuman aktiviti minggu ini dan minggu2 seterusnya untuk jkp Balai Islam ni memandangkan sem dah nak abeh dan study week sudah menjenguk pastu final pun dah dlm perjalanan...

TAPI.........!!!!!!!

ada satu aktiviti yang sedang berjalan, akan berjalan dan terus berjalan (selagi stok masih ada la)

aktivitinya ialah :

penjualan kerepek2 yang pelbagai di second college a.k.a KKTB a.k.a TBRC etc. etc. ~~~~

tujuan mempromote kerepek kat sini adalah kerana jualan ini berada di bawah naungan projek Kem Khidmat Budi (KKB) yang duduk bawah JKP Balai Islam, makanya...

dijemput semua sahabat2, rakan2 taulan teman2 serta jiran...x ketinggalan juga staf2 second, untuk membeli kerepek2 yang dijual ni...

tempat jualan : di bilik e302 (muslimat) dan c106 (muslimin)

waktu jualan : tiada limit, selagi stok masih ada dan mulut mampu mengunyah

harga sepeket : rm 2, kalo rase mahal leh mintak diskaun kat pengarah KKB

pilihan kerepek : pisang, ubi masin, ubi pedas, kacang, roda dan sebagainya

maklumat tambahan : ahli KKB wajib promote ye, kalo x pun beli sepeket sorang...hee
pesanan penaja : terima kasih atas sumbangan kalian, kalo ade duit lebih boleh sumbang lagi
ni adalah contoh publisiti di blok perempuan :

(yang ni tampal kat setiap aras)

(yang ni tampal kat pintu bilik tukang jual)

sebagai peringatan, aktiviti2 harian dan mingguan di surau al-faizin spt bacaan al-mulk lepas isyak dan al-ma'thurat lepas subuh dan asar serta surah yasin setiap malam jumaat insyaALLAH akan terus berjalan selagi mampu...sambil2 beli kerepek, jemput juga turun mengimarahkan surau untuk pahala berganda di akhirat kelak...

wALLAHualam...
MT
nama kejadian : seperti di title

tempat : masih di dewan umarak

tarikh : 4 April 2009

waktu : mula pada jam 2100, insyaALLAH

pakaian : baju tema Balai Islam sesi 2008 2009 (maroon in colour)

sasaran tetamu : semua ahli balai islam setiap sesi yang kelapangan

objektif : menguatkan lagi ikatan ukhwah sesama musLim

wawasan : semoga dinner ini menjadi lebih baik dari sebelumnya dan objektif tercapai

sinopsis : 'Malam Jalinan Kasih' adalah majlis makan malam Balai Islam sesi 2008 2009 yang sekaligus akan melabuhkan tirai Bulan Imarah Surau (BIS) 2009 dan seterusnya menjadi agenda terakhir JKP Balai Islam pada tahun ini (kecuali pengisian mingguan)


pesanan penaja : harapan sangat tinggi kepada semua ahli balai islam kolej kediaman tuanku bahiyah untuk menghadirkan diri di tempat kejadian
: jangan lupa bawak hadiah bernilai rm5 minimum

ingatan penting : ari Sabtu lepas sarapan, ade persiapan terakhir Malam Jalinan Kasih kat Dewan Umarak...jemput turun untuk membantu
: ari Sabtu pukul 2 pulak, ade rehearsal Malam Jalinan Kasih...minta semua beri kerjasama (khusus kepada MC, usherer, dan protokol dan ahli Balai Islam 0809 amnya)

ni gamba2 sekitar Majlis Makan Malam Balai Islam sesi 0708 :

(perasmian penutupan BIS 0708)

(sesi penganugerahan)

(musLimin...maaf, tiada simpanan gamba musLimin yang shArp)

(musLimat)

(K.A.M.I., ukhwah fillah abadan abada)

jika masih mahu merasa kemanisan ukhwah secara zahir, jemputlah turun ke ruang legar Dewan Umarak KKTB esok...kehadiran anda memberi 1000 makna kepada semua, semoga dirahmati ALLAH...sebar2kan ye


oh ye, malam ni dinner MATB2 kat MaRriOt...jaga segala batas yang perlu dijaga ya (pesanan kepada sesiapa yang pergi)
Pembangunan Insan
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaannya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehigga kamu dapat berkasih mesra. Adakah aku belum menunjukkan kepada kamu satu amalan, yang apabila kamu mengerjakannya, nescaya kamu akan berkasih mesra?" Para sahabat baginda menjawab, " Belum, ya Rasulullah". Kemudian Rasulullah menjawab,"kembangkanlah memberi salam di antara kamu"( Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Dari hadis di atas, kita dapat lihat, dengan perkara yang kadangkala kita pandang remeh, sebenarnya perkara tu dapat membuka jalan ke syurga Allah yang kita dambakan.sebenarnya banyak lagi hadis2 berkaitan kelebihan memberi dan menjawab salam. Antaranya kelebihannya:
1. diberi pahala kebajikan dan rahmat dari Allah
2. didoakan oleh para malaikat sebanyak 70x
3. Allah ampunkan dosa2 muslim itu sebelum mereka berpisah

So, apa tunggu lagi, ringan-ringankanlah mulut kita ni untuk memberi salam.Patutnya kita ada perasaan untuk berlumba-lumba memberi salam bila berjumpa ngan saudara seakidah ngan kita.Dengan memberi & menjawab salam , sebenarnya kita telah mendoakan keselamatan & kesejahteraan antr satu sama lain.keselamatan jiwa, harta,agama dan seluruhnya.kata2 tu kan ibarat doa, so, cuba bayangkan betapa sejuknya hati ini kalau umat Islam amnya & warga 2nd khususnya dapat mengamalkan budaya memberi salam ni, InsyaAllah, 2nd ni akan aman sejahtera di bawah keredhaanNya.

Daripada kita cakap hai, hello, bye @ papepun bila bertemu & brpisah , bukankah lebih elok kita berkasih sayang sesama kita dgn memberi salam?Lagi satu, kita kena sebut betul2 ble beri salam, bukannya semekom,semekom.mcm telekom pulak.

Kalau nk sms pula, jangan gantikan assalamualaikum dgn Akum, sebab akum 2 shortform bg Avde Kokhavim U Mazzalot, dalam bahasa Ibrani yg digunakan oleh orang yahudi bermaksud, 'hamba2 binatang & org2 sesat' yg digunakan oleh mereka untk menggambarkn org2 bkn yahudi.

Sesuatu budaya 2 memerlukan perubahan dan perubahan itu memerlukan penggerak. kita lah sebagai orang yg diberi kesedaran oleh Allah,menjadi penggerak dalam mewujudkan budaya salam di kolej yg trcinta ini.dgan berkasih syg, hati2 manusia itu mudah bertaut untk saling menjaga & mengingatkan antr satu sm lain.manusia di sekeliling kita cenderung untuk berubah & terikut-ikut dgn suatu budaya itu terutama perkara2 yg baik ni.jadi, berilah salam kepada sahabat2 seakidah kita atas dasar kasih sayang, moga2 kita akan mendapat kasih sayang dr Yang Maha Penyayang.Kasih Allah kasih sejati.wassalam


Penerbitan
OPPS...NOT SUPERMAN, BUT SUPER MAN (SUCCESSFUL)...

BUKAN GOLONGAN HARTAWAN MAHUPUN JUTAWAN ADALAH INSAN YANG BERJAYA...(SEPERTI DONALD TRUMP, TAK PUN BILL GATES)...ACTUALLY, DIORANG SIKIT PUN TAK BERJAYA...

ORANG YANG BERJAYA ADALAH :
1) ORANG YANG BERTAUBAT
2) ORANG YANG BERIBADAT
3) ORANG YANG BERPUASA
4) ORANG YANG BERZIKIR
5) ORANG YANG SUJUD DAN RUKU'NYA SEMPURNA
6) ORANG YANG "AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR"
7) ORANG YANG BERBUAT BAIK KEPADA KEDUA IBU-BAPANYA
8) ORANG YANG BERSYUKUR
9) ORANG YANG MENJAGA PERATURAN ALLAH

EHM...NAK BERJAYA SEBENARNYA SENANG JE...CUMA KENA USAHA SIKIT LAH...PALING SUSAH PUN BANGUN PAGI UNTUK SOLAT TAHAJUD...TAKDE LAH SUSAH MANA KAN...

~FIKIRLAH, NAK KEJAR DUNIA KE AKHIRAT...AKU NAK DUA-DUA~
MT


keJadian : tayAngAn perDana


teMpaT : deWan uMAraK tercinTa


maSa : 9.30 maLam selepas isyak

tajuk cerita yang bakal ditayangkan :


jEMput dataNg beramai-ramai memeriahkan majlis noo...




Pembangunan Insan
salamun alaik...

teringat sebuah hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan peranan kita sebagai pendakwah...

maksud hadis : "Barang siapa yang mengucapkan Lailahailallah, dia adalah seorang dae'i"

Dae'i bermaksud orang yang menyeru..
Menyeru apa?
sesiapa saja di sekeliling kita termasuk diri sendiri...x ksh kawan atau lawan
Nak seru ke mana?
sudah semestinya ke jalan yang benar, jalan yang diredhai ALLAH...

Selalunya, orang yang bagi nasihat kat kita mesti orang yang lebih berpengalaman dan lebih tahu (ada ilmu)...sebab tu, sambil kita menyeru ni sambil tu jugak kita perbetulkan diri

Nak bagi contoh sikit, kita sebagai ajk balai Islam..mostly kebanyakan daripada kita yang pastinya bukan student API termasuklah saya pasti rasa segan, x yakin n macam2 lagi la yang membuatkan kita x yakin untuk memberi tazkirah, mengelola usrah dan yang sewaktu dengannya...

Namun hadis Rasulullah ada mengatakan "Sampaikanlah daripadaku ajaranku walau hanya satu ayat"...so, kalau kita sedar kita x blh nak bercakap untuk menyampai dakwah apa salahnya kita berdakwah guna method yang lebih praktikal kan?? Benda wajib x leh nak tinggal nanti berdosa n dakwah adalah salah satu kewajiban yang ALLAH dah tetapkan..

Rasulullah S.A.W. sendiri menunjukkan akhlak yang baik untuk dijadikan ikutan, so kita sebagai ajk balai Islam haruslah menyeru diri sendiri untuk berakhlak dengan lebih baik... contoh2 perkara yang kita boleh buat dan amalkan (berdasarkan persekitaran dan suasana 2nd ye..)


  • elakkan makan SEmeja antara lelaki dan perempuan, apatah lagi makan berdua-duaan (ada banyak lagi kot meja kosong kat du tu)
  • elakkan perbincangan ilmiah atau pun yang bukan ilmiah dalam suasana yang terlalu mesra (duduk dekat2, bual dekat2...bukan tak bagi bergurau senda tapi faham2 la...semua benda mesti ada batasnya)
  • tutup aurat dengan sempurna...nak turun ambil air, sidai kain or sekadar turun nak tengok tv... buat benda yg remeh tak bermaksud kita perlu meremehkan sekali perkara yang sgt tak boleh diremeh-remehkan
  • gelak yang berlebihan..saya pun kadang macam tu gak so sbb tu lah perlunya peringatan untuk menyedarkan kita semua
  • solat berjemaah...macam mana kita nak ajak orang turun berjemaah kalau kita sendiri mensia-siakan top-up pahala 27 kali ganda ni...kita buat orang lain buat...kita tak buat so orang lain pun tak buatlah...InsyaALLAH sekejap, tak ambil masa yang lama pun... tak pernah lagi ada dalam sejarah orang gagal exam sbb kononnya buang masa turun solat jemaah..subuh terutamanya, dan yang lain2 bukanlah yang kedua...seimbangkan semuanya

Sekadar terguran, nasihat dan peringatan untuk kita semua sebagai tanda kasih sayang kita sesama Muslim

"ISLAM tak perlukan kita tapi kita yang perlukan ISLAM"

mr_tee

10 WASIAT SAIDINA ALI BIN ABI TALIB :

1) 3 PERKARA PERLU DITAKUTI : ALLAH, ORANG FASIK, LIDAH SENDIRI
2) 3 KEADAAN PERLU OPTIMIS : KEAMPUNAN ILLAHI, AMAL KEBAJIKAN, SYAFAAT NABI
3) 3 PERKARA PERLU DIPEGANG : AL-QURAN, AS-SUNNAH, KEBENARAN
4) 3 PERKARA TEMPAT BERLINDUNG : KEPADA ALLAH KETIKA DITIMPA MUSIBAH, KEMBALI TAUBAT JIKA TERLAKUKAN PERBUATAN MUNGKAR, MENDENGAR NASIHAT ULAMA' DAN HUKAMA'(PEMERINTAH)
5) 3 PERKARA PERLU MALU : MALU MELAKUKAN MAKSIAT, MALU KEPADA MALAIKAT KIRAMAN KATIBIN (PENCATAT AMALAN), MALU KEPADA ORANG SOLEH
6) 3 SIFAT PERLU WASPADA : SOMBONG, PEMARAH, TAMAK
7) 3 PERKARA PERLU DIJAUHI : HAWA NAFSU, MANUSIA BERSIFAT JAHAT, MANUSIA YANG JAHIL
8) 3 PERKARA PERLU DISINGKIR : MANUSIA ZALIM, TEMPAT YANG MENDATANGKAN BENCANA, FITNAH
9) 3 PERKARA PERLU BERHATI-HATI : MENSIA-SIAKAN UMUR, MENURUT KEMARAHAN,, UCAPAN YANG MENDATANGKAN BAHAYA
10) 3 PERKARA HARUS DILAKUKAN : BERTAQWA KEPADA ALLAH, MENUNDUKKAN HAWA NAFSU, MENGENAL DIRI SENDIRI (HAYATI CIPTAAN ALLAH TERHADAP DIRI)

BUKAN MUDAH NAK BERUBAH, TETAPI TAK MUSTAHIL NAK LAKUKANNYA...INGATLAH, ALLAH SERING MENGINGATI KITA TETAPI ADAKAH KITA MENGINGATI ALLAH...???

~TEPUK DADA, TANYA IMAN~