teringat sebuah hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan peranan kita sebagai pendakwah...
maksud hadis : "Barang siapa yang mengucapkan Lailahailallah, dia adalah seorang dae'i"
Dae'i bermaksud orang yang menyeru..
Menyeru apa?
sesiapa saja di sekeliling kita termasuk diri sendiri...x ksh kawan atau lawan
Nak seru ke mana?
sudah semestinya ke jalan yang benar, jalan yang diredhai ALLAH...
Selalunya, orang yang bagi nasihat kat kita mesti orang yang lebih berpengalaman dan lebih tahu (ada ilmu)...sebab tu, sambil kita menyeru ni sambil tu jugak kita perbetulkan diri
Nak bagi contoh sikit, kita sebagai ajk balai Islam..mostly kebanyakan daripada kita yang pastinya bukan student API termasuklah saya pasti rasa segan, x yakin n macam2 lagi la yang membuatkan kita x yakin untuk memberi tazkirah, mengelola usrah dan yang sewaktu dengannya...
Namun hadis Rasulullah ada mengatakan "Sampaikanlah daripadaku ajaranku walau hanya satu ayat"...so, kalau kita sedar kita x blh nak bercakap untuk menyampai dakwah apa salahnya kita berdakwah guna method yang lebih praktikal kan?? Benda wajib x leh nak tinggal nanti berdosa n dakwah adalah salah satu kewajiban yang ALLAH dah tetapkan..
Rasulullah S.A.W. sendiri menunjukkan akhlak yang baik untuk dijadikan ikutan, so kita sebagai ajk balai Islam haruslah menyeru diri sendiri untuk berakhlak dengan lebih baik... contoh2 perkara yang kita boleh buat dan amalkan (berdasarkan persekitaran dan suasana 2nd ye..)
- elakkan makan SEmeja antara lelaki dan perempuan, apatah lagi makan berdua-duaan (ada banyak lagi kot meja kosong kat du tu)
- elakkan perbincangan ilmiah atau pun yang bukan ilmiah dalam suasana yang terlalu mesra (duduk dekat2, bual dekat2...bukan tak bagi bergurau senda tapi faham2 la...semua benda mesti ada batasnya)
- tutup aurat dengan sempurna...nak turun ambil air, sidai kain or sekadar turun nak tengok tv... buat benda yg remeh tak bermaksud kita perlu meremehkan sekali perkara yang sgt tak boleh diremeh-remehkan
- gelak yang berlebihan..saya pun kadang macam tu gak so sbb tu lah perlunya peringatan untuk menyedarkan kita semua
- solat berjemaah...macam mana kita nak ajak orang turun berjemaah kalau kita sendiri mensia-siakan top-up pahala 27 kali ganda ni...kita buat orang lain buat...kita tak buat so orang lain pun tak buatlah...InsyaALLAH sekejap, tak ambil masa yang lama pun... tak pernah lagi ada dalam sejarah orang gagal exam sbb kononnya buang masa turun solat jemaah..subuh terutamanya, dan yang lain2 bukanlah yang kedua...seimbangkan semuanya
Sekadar terguran, nasihat dan peringatan untuk kita semua sebagai tanda kasih sayang kita sesama Muslim
"ISLAM tak perlukan kita tapi kita yang perlukan ISLAM"
10 WASIAT SAIDINA ALI BIN ABI TALIB :
1) 3 PERKARA PERLU DITAKUTI : ALLAH, ORANG FASIK, LIDAH SENDIRI
2) 3 KEADAAN PERLU OPTIMIS : KEAMPUNAN ILLAHI, AMAL KEBAJIKAN, SYAFAAT NABI
3) 3 PERKARA PERLU DIPEGANG : AL-QURAN, AS-SUNNAH, KEBENARAN
4) 3 PERKARA TEMPAT BERLINDUNG : KEPADA ALLAH KETIKA DITIMPA MUSIBAH, KEMBALI TAUBAT JIKA TERLAKUKAN PERBUATAN MUNGKAR, MENDENGAR NASIHAT ULAMA' DAN HUKAMA'(PEMERINTAH)
5) 3 PERKARA PERLU MALU : MALU MELAKUKAN MAKSIAT, MALU KEPADA MALAIKAT KIRAMAN KATIBIN (PENCATAT AMALAN), MALU KEPADA ORANG SOLEH
6) 3 SIFAT PERLU WASPADA : SOMBONG, PEMARAH, TAMAK
7) 3 PERKARA PERLU DIJAUHI : HAWA NAFSU, MANUSIA BERSIFAT JAHAT, MANUSIA YANG JAHIL
8) 3 PERKARA PERLU DISINGKIR : MANUSIA ZALIM, TEMPAT YANG MENDATANGKAN BENCANA, FITNAH
9) 3 PERKARA PERLU BERHATI-HATI : MENSIA-SIAKAN UMUR, MENURUT KEMARAHAN,, UCAPAN YANG MENDATANGKAN BAHAYA
10) 3 PERKARA HARUS DILAKUKAN : BERTAQWA KEPADA ALLAH, MENUNDUKKAN HAWA NAFSU, MENGENAL DIRI SENDIRI (HAYATI CIPTAAN ALLAH TERHADAP DIRI)
BUKAN MUDAH NAK BERUBAH, TETAPI TAK MUSTAHIL NAK LAKUKANNYA...INGATLAH, ALLAH SERING MENGINGATI KITA TETAPI ADAKAH KITA MENGINGATI ALLAH...???
~TEPUK DADA, TANYA IMAN~
Sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.Tetapi kenapa? Dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2 dan 9, Allah SWT manjelaskan, "Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka....Dan mereka yang memelihara solat mereka" Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa untuk berjaya umat Islam tidak boleh mengabaikan solat sama sekali terutamanya solat-solat fardhu. Solat merupakan satu ibadah yang amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun ia tidak boleh ditinggalkan. Solat juga merupakan tiang agama.
Nabi pernah bersabda "Solat itu tiang agama,sesiapa yang meninggalkannya ibarat dia meruntuhkan agama" Solat dan Penemuan Sains Kajian-kajian sains menunjukkan meditasi mendatangkan banyak kebaikan kepada manusia. Mereka yang bermeditasi menggunakan oksigen 17% lebih rendah daripada biasa. Di samping itu, jantung mereka berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya. Gelombang theta ialah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada di saat yang amat menenangkan terutamanya ketika hampir terlena. Meditasi mampu meredakan stress dan menjadikan seseorang lebih tenang dan ceria. Tambahan pula, mereka yang bermeditasi didapati lebih bertenaga dan kurang mengalami sakit jantung serta masalah pada sistem penghadaman.
Solat yang dilakukan secara khusyuk boleh diibaratkan sebagai meditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat yang dilakukan secara khusyuk, memang terdapat unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi yang biasa kerana solat yang dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah. Kalimah-kalimah dalam solat adalah pilihan Allah SWT dan Rasul, bukannya pilihan manusia biasa, dan ketenangan yang diperolehi adalah ketenangan kurniaan Allah SWT. Lebih daripada itu, mereka yang bersolat akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.
Solat dan Yoga,ada orang yang mengatakan solat ialah yoga. Sebenarnya solat bukanlah senaman ataupun yoga. Bagi orang Islam, solat lebih agung daripada sebarang senaman termasuk yoga. Solat ialah zikir yang paling mulia. Berhubung dengan yoga, yoga mempunyai kedudukan serta gerak badan tertentu yang dikenali sebagai asanas. Ketika mengamalkan yoga, seseorang akan duduk pada kedudukan tertentu dengan melafazkan kalimat-kalimatmantra yang tertentu di samping bernafas secara teratur. Salah satu kedudukan yoga atau asanas yang terpenting ialah Sirshasana (headstand). Ia dikenali juga sebagai King of Yoga.
Di kedudukan ini, seorang pengamal yoga akan meletakkan kepalanya ke bumi dan diperingkat kemuncaknya akan meluruskan badan agar kakinya berada di atas. Sayangnya kedudukan sebegini tidak dapat dilakukan oleh semua orang. Jika dilihat secara menyeluruh, memang terdapat beberapa unsur yoga di dalam solat. Solat merupakan ibadah yang merangkumi "jasad, roh dan akal". Ia mempunyai kedudukan serta gerak hati yang sentiasa ikhlas kepada Allah dan ini dikaitkan dengan rukun qalbi. Ia juga mempunyai kalimat-kalimat tertentu yang perlu dilafazkan dan ini dikaitkan dengan rukun qauli serta zikir.
Salah satu kedudukan yang terpenting dalam solat ialah sujud. Di kedudukan ini seseorang akan meletakkan kepalanya di bumi dan di kedudukan ini, darah dari jantungnya akan turun ke otak dengan mudah sekali. Berbeza denagn sirshasana, sujud dapat dilakukan oleh hampir semua orang. Namun solat ialah lebih daripada yoga kerana ia ialah ibadah yang berdasarkan wahyu. Ia adalah aktiviti penyembahan kepada Yang Maha Pencipta yang memerlukan disiplin kerana ia terikat dengan waktu. Seseorang yang hendak bersolat mestilah menyucikan jiwanya terlebih dahulu. Tekanan jiwa atau stress sering melanda manusia dan solat mempunyai penawar yang mampu meredakannya. Hal ini disebabkan solat mengandungi zikir dan zikir jika diamalkan dengan khusyuk mampu mendamaikan hati.
SEBAGAI HAMBA ALLAH, KITA KENA INGAT...NAK BERJAYA KENA UBAH DIRI DARI JAHAT KEPADA BAIK...DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN KEPADA MENGERJAKAN KEMAKRUFAN...
ADA DUA JE PERKARA NAK JAYAKAN TRANSFORMASI NI (BUKAN LORI NAK JADI OPTIMUS PRIME...TAK PUN JET PEJUANG JADI MEGATRON...OOPS...)
1) KARISMA : KONSEP RTDH PERLU ADA (BUKAN RED ALERT, TIBERIUM WARS, DOTA, HALF-LIFE)...INGAT GAME JE...
KONSEP ITU ADALAH : R-RANCANG (MESTI TELITI)...T-TINDAK(SECARA BERHEMAH)...D-DOA(DENGAN BERUSAHA)...DAN H-HARAP(TAWAKAL KEPADA ALLAH)
2) DISIPLIN : ELAKKAN DARI TEORI 5 M...PERTAMANYA, MALAS(RUGI JADI PEMALAS), KEDUANYA, MEMBABI-BUTA(TAK BAIK TUDUH-MENUDUH), KETIGANYA, MENGAMUK(NAK LEGA, "MINUM" SELAWAT BANYAK-BANYAK), KEEMPATNYA, MENGARAH(TAPI KALAU TAK ADA PENGARAH, MACAM MANA SATU ORGANISASI NAK BERJAYA...SEBENARNYA, MAKSUDNYA, JANGAN SUKA TUDING JARI JE...KERJA SATU BENDA PUN TAK NAK BUAT...JAGA KUKU LAH KONON...), DAN TERAKHIR SEKALI, MATI AKAL(JANGAN PANIK KALAU TERTINGGAL BAS SEBAB BANYAK LAGI BAS YANG AKAN DATANG...SECARA ANALOGINYA LAH...HU3...MAKSUDNYA MASIH ADA SALURAN LAGI UNTUK BERTAUBAT KERANA ALLAH SENTIASA ADA DISISI KITA...CUMA KADANGKALA KITA TERLEKA SEKETIKA...)
UBAHLAH DIRI SEBELUM TERLAMBAT WAHAI SAHABAT SEKALIAN...AKU KADANG-KADANG NASIHAT PANDAI, TAPI SELALU JUGA TERLUPA NAK BERAMAL...TAPI SATU PRINSIP KITA KENA INGAT...INGAT-MENGINGATI SESAMA ISLAM ADALAH SATU CARA NAK UBAH DIRI UMAT ISLAM ITU SENDIRI...
~THINK THE IMPORTANT THING~
1) Four things that make your body sick:-
a)Excessive talking
a)Lying
4) Four things that make the face glow and shine:-
Allah Hu Alam.
The person who talks during the Azaan will not be able to say the Kalima E Shahada on his/her death bed".
sambut dengan meriah dan gilang gemilang sebagai tanda gembira, syukur dan pembangkit semangat kita terhadap makna penting daripada sesuatu peristiwa tersebut. Sedar atau tidak, bulan Safar kini sudah melabuhkan tirainya dan bulan Rabi’ulawwal sudah menjelma. Semua umat Islam di serata dunia sudah tentu sedia maklum akan peristiwa terbesar yang berlaku dalam bulan Rabi’ulawwal. Hari tersebut adalah lebih besar daripada ‘Eidulfitri mahupun ‘Eiduladha, yang seringkali kita sambut dengan begitu gilang-gemilang. Tanggal 12 Rabi’ulawwal – lebih 1480 tahun yang lampau – lahirlah seorang manusia agung, kekasih agung, makhluk Tuhan yang paling mulia, yakni tidak lain dan tidak bukan, Rasulullah Muhammad s.a.w. Saat kelahirannya, terpancar cahaya dari perut ibundanya sehingga bercahaya istana-istana di Syam. Seluruh alam damai dan bergembira dengan kelahirannya. Kelahiran baginda adalah kelahiran agung!
Hayatilah syair yang masyhur, yang dikarang oleh seorang ulama ahli hadith dan ahli sejarah, yakni Al-Hafiz Wajihuddin Abu ‘Abdillah Abdul Rahman ibnu ‘Ali Ibni Muhammad ibni Umar As-Syaibani Az-Zabidi As-Syafie yang lebih dikenali dengan gelaran Al-Imam Ad-Daiba’ie. Syair, kata-kata pujian serta selawat yang termaktub dalam karangan masyhur beliau, Maulid Ad-Daiba’ie diiktiraf oleh para ulama dan sudah digunakapakai selama lebih 450 tahun di dalam dunia Islam. Fahamilah bahawa syair-syair ini bukanlah semata-mata karangan yang berasaskan imaginasi pengarangnya; tetapi adalah merupakan pancaran rasa cinta yang begitu mendalam yang berasaskan ilmu pengetahuannya yang luas terhadap hadith-hadith yang begitu banyak serta ma’rifat kurniaan Allah S.W.T. Hayatilah di bawah ini terjemahan bait-bait syair beliau tentang kelahiran Rasulullah s.a.w., yang pasti membangkitkan lagi kecintaan dan kasih umat kepada Baginda Rasulullah s.a.w.
Hadirkanlah hati-hati kalian,
wahai sekalian orang yang mempunyai akal fikiran.
Agar dapat kujelaskan kepada kalian segala sifat yang indah menawan
dan cantik memukau bagaikan pengantin, milik Kekasih Teragung ini.
Yang diistimewakan dengan gelaran termulia (Kekasih Allah).
Yang pernah naik menghadap Allah,
Maharaja Yang Maha Pemberi (di malam Isra’ dan Mi’raj).
Sehingga ia dapat menatap langsung keindahan-Nya
tanpa sebarang tirai penghalang.
Ketika tiba saat kemunculan ‘Matahari Kerasulan’ ini di ‘Langit Keagungan’;
maka keluarlah satu malaikat membawa titah perintah Allah Yang Maha Agung,
kepada Ketua Penghuni Langit, Saidina Jibril a.s.
“Wahai Jibril, serukanlah kepada seluruh makhluk.
Di bumi dan di langit, dengan ucapan-ucapan tahniah dan khabar gembira.
Kerana sesungguhnya,
Nur yang terpelihara, dan Rahsia yang tertutup sekian lama,
yang telah Aku wujudkan sebelum terwujudnya segala sesuatu,
dan sebelum Kuciptakan bumi dan langit.
Pada malam ini,
akan Ku pindahkan ke dalam perut ibunya dalam keadaan riang gembira.
Dengan sebabnya, akan Ku penuhi seluruh alam dengan cahaya.
Ia akan Ku pelihara dan Ku didik
dalam keadaan yatim (tanpa campur tangan ibu bapanya)
dan akan Ku sucikan ia dan ahli keluarganya dengan sesuci-sucinya
(sehingga mereka tidak akan melakukan perkara yang Aku tidak redhai)”
(Setelah Saidina Jibril a.s. menyerukan titah Allah tersebut)
maka ‘Arasy bergoncang hebat kerana merasa sangat gembira.
Kursiy yang teramat hebat itu pula
menjadi semakin hebat dan agung (demi memuliakan Baginda s.a.w.).
Dan tujuh petala langit dipenuhi cahaya (bagaikan sedang berpesta).
Sedangkan suara para malaikat bergemuruh mengucapkan tahlil,
tahmid dan istighfar (lantaran terlalu gembira dengan kedatangan Baginda s.a.w. ke mayapada).
(Sejak awal kehamilan) Bondanya (Sayyidatina Aminah r.anha)
sentiasa melihat pelbagai mimpi dan tanda kemegahan
serta keutamaan bayi dalam rahimnya itu,
sehinggalah usia kandungannya cukup sempurna.
Lalu ketika dirasakan dirinya benar-benar akan melahirkan,
dengan keizinan Tuhan segala makhluk,
maka ia pun melahirkan Al-Habib s.a.w. dalam keadaan sedang sujud,
bersyukur dan memuji Allah,
begitu comel dan indah laksana bulan mengambang penuh.
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan
dalam keadaan telah berkhatan dengan kekuasaan Allah S.W.T.
Kedua matanya yang mulia bercelak dengan ‘Celak Hidayah’
(terpelihara daripada memandang apa yang tidak diredhai oleh Allah).
Ruang angkasa menjadi terang benderang kerana Nurnya.
Dan alam semesta penuh dengan keindahan
serta bersinar cemerlang kerana Nurnya itu.
Generasi yang tidak menjumpainya, termasuk juga umatnya,
sebagaimana generasi yang telah berlalu sebelumnya.
Kehebatan pertama mukjizatnya adalah terpadamnya api sembahan orang-orang Parsi
(yang tak pernah padam selama seribu tahun).
Beranda-beranda istana Maharaja Parsi tiba-tiba runtuh berjatuhan.
Syaitan-syaitan dihujani dengan panah-panah api bintang
yang panas membakar dari langit.
Semua jin yang sombong dan zalim,
berundur dengan hina dan tunduk kerana serangan dan desakan kuasa Baginda s.a.w.
Begitulah sebahagian kecil daripada syair-syair yang mengisahkan tentang kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w. Peristiwa kelahiran Baginda s.a.w. sudah tentu adalah merupakan peristiwa yang terbesar dalam kehidupan kita sebagai umatnya. Dengan kelahirannya, Rahmat Allah S.W.T. tersebar ke serata alam. Dengan sebab kelahiran baginda, maka kita merasai nikmat Islam. Dengan sebab kelahiran baginda, maka kita pada hari ini dapat sujud dan tunduk menyembah kepada Tuhan Yang Maha Agung. Nah, sekarang ini tarikh 12 Rabi’ulawwal semakin hampir dengan kita. Apakah persiapan kita bagi menyambut tarikh yang bersejarah tersebut? Seandainya ulangtahun kelahiran kita, ibubapa kita, adik-beradik kita, rakan-rakan kita, serta orang-orang yang kita sayangi, kita raikan dengan penuh meriah, bagaimanakah sikap kita dalam menyambut ulangtahun kelahiran Rasulullah s.a.w.? Sudah tentu, kita meraikan ulangtahun kelahiran baginda bukanlah sepertimana orang-orang Barat meraikan ulangtahun kelahiran seseorang. Sebaliknya, kita meraikan ulangtahun kelahiran Baginda s.a.w. sebagai manifestasi kecintaan kita yang mendalam terhadap Baginda s.a.w.; kita penuhi dengan selawat, maulid serta pengkisahan tentang sirah Rasulullah s.a.w. Mencintai Rasulullah s.a.w. adalah merupakan kewajipan terhadap kita selaku umat Baginda s.a.w. Malah, dengan sebab kecintaan kita terhadap Baginda s.a.w. (yang benar-benar tulus) itulah yang akan mampu menyampaikan kita kepada keredhaan Allah S.W.T., serta kedudukan yang mulia di akhirat yang kekal abadi kelak.
Daripada Sayyidina Ali r.a., bahawa Nabi s.a.w. mencapai tangan Hasan r.a. dan Husin r.a., lalu bersabda (yang lebih kurang maksudnya):
Dalam keadaan umat pada hari ini kegersangan pedoman dan panduan sehingga mengalami kecelaruan nilai dan kehilangan adab, adalah sangat perlu untuk kita mengembalikan ‘roh’ dan ‘contoh’ Baginda Rasulullah s.a.w. ke dalam kehidupan umat. Betapa umat pada hari ini sudah terlalu jauh daripada kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w.; biarpun lidah-lidah dan bibir-bibir menuturkannya, tetapi hakikatnya di dalam benak hati masih lagi mencintai banyak perkara lain lebih daripada kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya. Justeru, apakah perancangan anda untuk menyambut Maulidurrasul pada 12 Rabi’ulawwal ini? Wallahu’alam.
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia terjumpa satu naskhah di mana tertulis:
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
Tahukah?
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yg dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.