Showing posts with label Sorotan. Show all posts
Showing posts with label Sorotan. Show all posts
Al-Faizin
Apa pula ya terjadi selepas itu? tentunya giliran peserta mencuba nasib dalam menyembelih ayam. ada yang memang tak sabar-sabar, ada yang langsung tidak mahu mendekati pentas sembelihan dan ada pula yang mulanya berasa bimbang namun selepas itu, meminta untuk kali ke-2.
  • Akhirnya dalam pukul 12.00tgh kesemua ayam telah berjaya disembelih (50 ekor kesemuanya). Cek punya cek, rupanya ada 4 ekor ayam yang gagal disembelih, yakni menjadi bangkai huhu.
  • Selepas itu ustaz Hafizul dan Ustaz Yasin mengajar pula tentang cara-cara mencabut bulu ayam beserta kulitnya sekali tanpa merendam ke dalam air panas. kepada sesiapa yang hendak mengurangkan kolestrol dalam badan, memang panduan ini berbaloi walaupun memenatkan.
  • Dipendekkan cerita, bermula pada pukul 5.45ptg, bermulalah episod di mana kami menunjukkan bakat dalam membakar ayam, buat BBQ. Memang puas melihat kerenah beserta gelagat ahli balai( kadang-kadang nampak seperti budak sahaja). Tetapi apa yang melegakan adalah ayam berjaya dibakar setengah jam sebelum waktunya iaitu pukul 8.00 malam dan di situlah masa yang ditunggu-tunggu tiba iaitu makan malam. semua penghuni kolej terlibat.
Akhirnya, tamatlah sudah Kursus Sembelihan beserta amali 2009. segala yang bermula pasti ada akhirnya. Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberi kami peluang untuk menganjurkan program seumpama ini. walaupun ketika artikel ini ditulis, post-mortem masih tak dijalankan lagi, tetapi apa yang paling penting bagi penulis adalah ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai harganya..

Labels: 1 comments | | edit post
Al-Faizin
Alhamdulillah, tamat sudah program kursus sembeliah beserta amali yang dijalankan pada ahad lepas. banyak kisah suka duka dan hilai ketawa, takut pun ada sepanjang program ini berlangsung.
pertamanya penulis ingin memohon ampun dan maaf kepada semua terutama kepada pengarah balai islam, saudara Hafiz kerana bangun lambat sampai dikejutkan peserta (malunnyeeer). kebimbangan jelas terlihat pada wajah penulis ketika melihat bilangan peserta yang tak berapa ramai.


Penceramah dan juga fasilitator dari JAIS, Ustaz Hafizul dan Ustaz Yasin datang pada pikul 8.45 pg. penulis yang bertanggungjawab mulalah gelabah sebab tak tahu nak buat apa. tetapi alhamdulillah, keramahan mereka ditambah pula dengan aneka juadah yang enak di depan mata, semuanya terpadam begitu saja.

Akhirnya, dalam pukul 9.15 pg, majlis pun bermula. majlis pembukaan (macam la) diketuai oleh saudara Pian yang bertindak sebagai pengrusi majlis memang memuaskan. kejutan berlaku apabila pengarah projek, saudara Aminul Hayat yang tidak dapat hadir muncul menerusi rakaman video.


selepas itu, bermulalah ceramah yang disampaikan oleh ustaz Hafizul. 2jam lamanya tetapi sangat menarik. dan beliau pernah berkata kepada penulis bahawa beliau memerlukan masa selama 2 hari untuk berkongsi semua perkara berkaitan sembelihan. bayangkan antara 2 jam dan 2 hari!!!.



Ceramah tersebut, yakni fasa 1 telah pun diadakn dengan jayanya. biasalah, pihak balai ada memberikan sedikit penghargaan dan para peserta diberikan peluang untuk minum pagi sebelum mengerah tenaga untuk sesi seterusnya.



Tepat pukul 11.20 pg, amali yang ditunggu-tunggu pun memulakan langkahnya. sesi ini dimulakan dengan pertunjukan oleh penceramah dan juga fasilitator terlibat berkenaan cara-cara yang betul dalam menyembelih ayam. memang nampak senang tapi adakah anda berani?



Sila tunggu sorotan yang seterusnya. bagaimana reaksi peserta yang mencabut ayam? BBQ? dan banyak lagi.....


Labels: 0 comments | | edit post