marinata

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim


Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan
ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan.
Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan
kepada mereka yang berpuasa.
Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini,
umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur.
Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur
walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.




Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa,
namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka?
Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur
yang mana mereka tidak bersahur.
Ramai juga yang tidak menyedari bahawa
pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa
dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.
Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan
untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya,
mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:

  • Menuruti sunnah;
  • Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
  • Menambah kekuatan untuk beribadat;
  • Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
  • Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
  • Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.


Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit
atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur.
Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk
mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak
atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa.
Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar.



Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi,
justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.


Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi



Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur,
Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh,
iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh.
Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.



Wallahualam.

Source: www.iluvislam.com
~Salam Hari Merdeka ke-53~
Dakwah
salam..tetiba rasa nak share something ttg kisah 'Bahtera Nabi Nuh'.

Pernahkah kita terfikir..adakah semua binatang yg ada di muka bumi kini adalah binatang yg sama dibawa oleh nabi Nuh ke dalam bahteranya??menurut pentafsir2 kitab Injil..'YA'..

kalo kita sendiri fikirkan...ermm....banyak persoalan yg kita nak tanya balik kan??persoalan2 yg terpaksa dihadapi oleh Perjanjian Lama(Bible)...

Di dalam al-quran,tiada ayat yg menerangkan bahawa semua spesies haiwan di atas muka bumi ini dibawa ke dalam bahtera.Apabila kisah mengenai banjir besar yg terdapat dalam Perjanjian Lama dan Al-Quran diteliti,perbezaannya adalah amat ketara.Ini adalah disebabkan Perjanjian Lama telah diubahsuai dan ditokok tambah espanjang tempoh sejarah,tidak boleh diterima sebagai wahyu asal..

Perkara penting yg perlu dihayati disini adalah hikmah perintah Allah agar nabi Nuh mengumpulkan haiwan2 tersebut adalah untuk membina kehidupan baru selepas kejadian banjir dan bukannya untuk menyelamatkan semua jenis haiwan...

dipetik dari buku Kaum2 Yang Pupus..Harun Yahya..
marinata

The most difficult person to FACE in life is yourself.

A GRATEFUL heart is the cure for loneliness.

Do not judge the FUTURE by the past.

Never stop reaching for the GOAL in front.

Hold on to your BELIEF, then you will overcome difficulties.

Kind DEEDS can bring good returns.

DREAM is our motivation in life.

WISDOM is to understand that the world is ever-changing.

SINCERITY is a natural spring of water.

Danger brings us TRUE friends.

SMILE is the first step of a new life.


Hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi:
‘Suatu hari aku pernah berada di belakang Nabi shallallaahu’alaihi wa sallam lalu beliau bersabda :
‘Hai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat (artinya):
Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu,
Jagalah Allah niscaya kamu dapati Dia ada di hadapanmu,
bila kamu meminta, mintalah kepada Allah,
dan bila kamu minta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah.
Ketahuilah bahwa umat, seandainya mereka bersepakat untuk memberimu manfaat dengan sesuatu,
niscaya mereka tidak akan dapat memberimu manfaat apa-apa kecuali dengan apa yang telah Allah taqdirkan buatmu,
dan seandainya mereka bersepakat untuk mencelakakanmu dengan sesuatu,
niscaya mereka tidak dapat mencelakakanmu sedikitpun kecuali dengan apa yang Allah telah taqdirkan atasmu,
pena-pena telah terangkat,
dan lembar tulisan pun telah kering.’
.
.
.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:
"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah.
Namun pada kedua-duanya ada kebaikan.
Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau,
pintalah pertolongan daripada Allah.
Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah,
maka jangan engkau berkata:
"KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku.
Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]
.
.
.
Allah swt telah berfirman yang bermaksud:
‘Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga,
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?
Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit,
serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh),
sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya:
Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).’
(Al-Baqarah:214)
Dekorasi

Assalamualaikum w.b.t
Salam maal hijrah..
Salam awal muharam =)

Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk menyiapkan bekalan di akhirat kelak.. Disebabkan blog balai islam pun dah semakin berabuk.. fuhh..fuhh.. kasi buang sikit habuk.. kasi post baru..hehe.. sempena maal hijrah ni, meh kte kaji sikit2 sejarah maal hijrah. untuk diri saye juge dan pembace yang laen =) Dan untuk mengelakkan pembace yang ade sesetengahnyer malas nak bace panjang2, saye buat lam bentuk point-point..hehe.. saye juge ade masukkan gambar2 untuk dikongsi bersame =)

  1. Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini.
    Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish.
  2. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.
  3. Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish.
  4. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah. (Yathrib = Madinah)
  5. Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.

(Artikel dari www.iluvislam.com )

Dinner Balai Islam 2008





Dinner Balai Islam 2009


muslimin



muslimat


"Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.surah Ar’- Ra’d: 11


Dekorasi


'Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?''
Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.''
Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?''
Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.''
Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?''
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.''
(Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)'
Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. Maka tidak dapat lagi kita lari dari berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada apa yang dijadikan sebagai ibadat korban yang ditetapkan oleh Allah swt. Allah swt telah menceritakan di dalam al-quran mengenai dua makhluk yang amat dekat di sisiNya ini yang bermaksud:'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),' (As-Saaffat:102-103)



Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil,dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun,cinta Allah lebih agung dari segalanya,disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya. Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah swt.Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail,anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya ini,apatah lagi untuk menzalimi hambanya yang beriman yang akhirnya DIA mengurniakan rahmatNya:'Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: ' (As-Saaffat:107-108)



Sahabat,ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa, bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka.Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberianNya. Layakkah kita ke syurga berbekalkan mahar yang dibawa?
Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,


Bagaimana pula dengan cinta kita?Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa.
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawaSungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia.


Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta
Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja
Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya
Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja
Tunggu nanti bila meningkat tua
Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.
Marilah sama-sama kita bermuhasabah, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan!



Salam aidiladha~ hueee~
wassalam =)