Al-Faizin
Apa pula ya terjadi selepas itu? tentunya giliran peserta mencuba nasib dalam menyembelih ayam. ada yang memang tak sabar-sabar, ada yang langsung tidak mahu mendekati pentas sembelihan dan ada pula yang mulanya berasa bimbang namun selepas itu, meminta untuk kali ke-2.
  • Akhirnya dalam pukul 12.00tgh kesemua ayam telah berjaya disembelih (50 ekor kesemuanya). Cek punya cek, rupanya ada 4 ekor ayam yang gagal disembelih, yakni menjadi bangkai huhu.
  • Selepas itu ustaz Hafizul dan Ustaz Yasin mengajar pula tentang cara-cara mencabut bulu ayam beserta kulitnya sekali tanpa merendam ke dalam air panas. kepada sesiapa yang hendak mengurangkan kolestrol dalam badan, memang panduan ini berbaloi walaupun memenatkan.
  • Dipendekkan cerita, bermula pada pukul 5.45ptg, bermulalah episod di mana kami menunjukkan bakat dalam membakar ayam, buat BBQ. Memang puas melihat kerenah beserta gelagat ahli balai( kadang-kadang nampak seperti budak sahaja). Tetapi apa yang melegakan adalah ayam berjaya dibakar setengah jam sebelum waktunya iaitu pukul 8.00 malam dan di situlah masa yang ditunggu-tunggu tiba iaitu makan malam. semua penghuni kolej terlibat.
Akhirnya, tamatlah sudah Kursus Sembelihan beserta amali 2009. segala yang bermula pasti ada akhirnya. Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberi kami peluang untuk menganjurkan program seumpama ini. walaupun ketika artikel ini ditulis, post-mortem masih tak dijalankan lagi, tetapi apa yang paling penting bagi penulis adalah ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai harganya..

Labels: 1 comments | | edit post
Al-Faizin

Untuk permulaan kalinya, pihak kami akan cuba mengupas perbincangan ilmiah yang diadakan di Surau Al-Faizin sempena kuliah maghrib. oleh itu, amatlah diharapkan andai berlaku kesalahan dalam pengupasan, silalah betulkan dengan rela hati.


Ingat, penulis bknnya USTAZ yang boleh menterjemah atau mengulang bibit-bibit kata beliau 100%. penulis hanya editor yang cuba berkongsi apa yang telah diberi. wassalam


Tarikh : 23 Februari 2009 (isnin)

Masa : 8.02 mlm

Penceramah : Ustaz Ridzuan Zainal Abidin


Mukaddimah



  • Di dalam majlis ilmu kita dituntut untuk berkumpul rapat sehinggakan lutut bertemu lutut


  • kita bertuah kerana tidak berada dalam zaman zulmaz iaitu zaman yang betul-betul gelap, yakni jahilliyah. ini kerana jarak zaman antara 2 nabi akhir adalah jauh, dlm lingkungan 500 tahun.

Isi-isi penting




  • Syariah islam terawal yakni pengesaan terhadap Allah bermula sejak turunnya nabi Adam a.s. ke dunia. Baginda diturunkan pada waktu malam, disebabkan di Syurga tiadanya malam, Baginda berasa sangat sedih dan hiba, kemudian memohon perlindungan kepada Allah. Allah memperkenan doanya dengan memberikan sedikit cahaya yakni cahaya fajar.


  • Kita seringkali digembar-gemburkan dengan fakta yang mengatakan agama hindu merupakan agama terawal dan ternyata kenyataan itu adalah salah. ini kerana setiap kesesatan bermula dari kebenaran. buktinya :


  • Terdapt satu risalah yang bertajuk, 'inside information of Kaabah' menceritakan tentang wujunya persamaan antara agama Hindu dengan agama Islam. sila turuti fakta ini :




  • Hajarul Aswad, yang bermaksud batu hitam dikaitkan dengan tuhan tertinggi Hindu iaitu Lord Shiva yang juga dipanggil dengan nama ?Sanghe Ashweta (sanskrit) yang bermaksud batu hitam


  • Rumah ibadat mereka pula dipanggil kaabalishwaran, jadi mereka berpendapat nama Kaabah diambil bersempena nama tersebut.


  • Telaga air Zam-Zam dipercayai berasal dari limpahan sungai Ganghes semasa banjir besar ketika zaman Nabi Nuh.



  • justeru kita diingatkan agar tidak menimbulkan persamaan antara agama Islam dengan agama lain. ia boleh menggugurkan akidah, menghilangkan rahmat Allah dan kekuatan umat itu sendiri jadi rapuh.


  • Nabi Adam pernah memohon satu tempat agar menjadi tempet pengabdian kepada Allah dan umat islam tidak berpecah. dan tempet itu adalah Kaabah sekarang yang dahulunya dipanggil Baitillah.


  • Kisah Qabil/Iklima dan Habil/Labuda. ringkasnya Qabil hendak mengahwini adik kembarnya, Iklima yang tidak dibenarkan waktu itu. oleh kerana itu beliau lari meninggalkan bapanya. Pengajaran : bila ada sifat enggan, wujudlah sikap takabbur (sifat Syaitan laknatullah).





  • kalau hendak berperang dengan musuh Alah, kita hendaklah berada di pihak Allah. untuk mengikut jalan Allah yakni jalan yang lurus, kita hendaklah mengikut:




  • Jalan nabi (Anbiya')


  • Jalan orang yang benarkan dirinya dengan islam (Siddiqin)


  • Jalan para Shahid (Shuhada')

sekian, wassalam

Labels: 0 comments | | edit post
Al-Faizin
Alhamdulillah, tamat sudah program kursus sembeliah beserta amali yang dijalankan pada ahad lepas. banyak kisah suka duka dan hilai ketawa, takut pun ada sepanjang program ini berlangsung.
pertamanya penulis ingin memohon ampun dan maaf kepada semua terutama kepada pengarah balai islam, saudara Hafiz kerana bangun lambat sampai dikejutkan peserta (malunnyeeer). kebimbangan jelas terlihat pada wajah penulis ketika melihat bilangan peserta yang tak berapa ramai.


Penceramah dan juga fasilitator dari JAIS, Ustaz Hafizul dan Ustaz Yasin datang pada pikul 8.45 pg. penulis yang bertanggungjawab mulalah gelabah sebab tak tahu nak buat apa. tetapi alhamdulillah, keramahan mereka ditambah pula dengan aneka juadah yang enak di depan mata, semuanya terpadam begitu saja.

Akhirnya, dalam pukul 9.15 pg, majlis pun bermula. majlis pembukaan (macam la) diketuai oleh saudara Pian yang bertindak sebagai pengrusi majlis memang memuaskan. kejutan berlaku apabila pengarah projek, saudara Aminul Hayat yang tidak dapat hadir muncul menerusi rakaman video.


selepas itu, bermulalah ceramah yang disampaikan oleh ustaz Hafizul. 2jam lamanya tetapi sangat menarik. dan beliau pernah berkata kepada penulis bahawa beliau memerlukan masa selama 2 hari untuk berkongsi semua perkara berkaitan sembelihan. bayangkan antara 2 jam dan 2 hari!!!.



Ceramah tersebut, yakni fasa 1 telah pun diadakn dengan jayanya. biasalah, pihak balai ada memberikan sedikit penghargaan dan para peserta diberikan peluang untuk minum pagi sebelum mengerah tenaga untuk sesi seterusnya.



Tepat pukul 11.20 pg, amali yang ditunggu-tunggu pun memulakan langkahnya. sesi ini dimulakan dengan pertunjukan oleh penceramah dan juga fasilitator terlibat berkenaan cara-cara yang betul dalam menyembelih ayam. memang nampak senang tapi adakah anda berani?



Sila tunggu sorotan yang seterusnya. bagaimana reaksi peserta yang mencabut ayam? BBQ? dan banyak lagi.....


Labels: 0 comments | | edit post
Al-Faizin

Kepada semua muslimin dan muslimat,


Balai islam Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah akan mengadakan Majlis Gotong Royong Perdana yang akan diadakan pada butiran berikut ;


Tarikh : 21 Februari 2009 (Sabtu)

Masa : 7.00pg-8.00pg

Tempat : Surau Al-Faizin, KKTB


Semua ahli balai islam diwajibkan hadir bagi sama-sama mengimarahkan surau ini. warga mahasiswa dan mahasiswi amatlah digalakkan hadir kerana sesungguhnya ini merupakan suatu amal kebajikan yang amat dititikberatkan.


Saya tidak mahu keadaan rumah Allah yang sangat dimuliakan kelihatan seperti ini.



dan saya amat yakin yang kalian semua juga berpendapat seperti saya. Jadi ayuh kita sama-sama turun walau bayu pagi menjerkah nurani, membisik kita untuk terus lena dan bermimpi.
Syukran..........
Al-Faizin
Assalamualaikum,

sempena Perayaan Tuanku Bahiyah (PTB) 49, Balai islam akan mengadakan majlis kesyukuran. butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh : 19 Februari 2009 (Khamis)
Masa : 7.00mlm-9.15mlm
Tempat : Dewan Umarak, KKTB
Untuk pengetahuan semua, kita akan bersembahyang maghrib dan isyak secara berjemaah di Dewan Umarak. Oleh itu, muslimin dan muslimat dipersilakan hadir ke majlis ini.
Semoga Allah merahmati mereka yang taat kepada-Nya
Al-Faizin
Sempena menyambut Perayaan Tuanku Bahiyah, Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah, JKP Balai Islam akan mengadakan kursus beserta amali sembelihan dengan kerjasama JAIS. butirannya adalah seperti di bawah:


Tarikh : 22 Februari 2009 (Ahad)
Tempat : Hadapan Dewan Umarak
Masa : 9.00pg-1.30tgh


Penyertaan dibuka kepada semua warga muslim Universiti Malaya. Pendaftaran telah pun dibuka. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi

Azlan (017-6647087)
Afiq (017-7443648)
Fatin Adlia (012-6275641)
Al-Faizin
Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.


SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE


Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.


Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.


Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.


Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.


Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.


Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.


Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.


Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.Hukum Menyambut Hari ValentineSebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67


Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.


Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini.


Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.


Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.


Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32


Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120


Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40


Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.
Al-Faizin
Tajuk : Rahsia Untuk Umat Islam
Pengarang : Nazri Zakaria
Terbitan : Enoble Marketing


Jika anda ingin mengetahui dakyah-dakyah jahat masyarakat antarabangsa khususnya yahudi laknatullah dalam menghancurkan islam, inilah buku yang pe
rlu anda cari. penerangan yang mudah, ringkas tetapi senang difahami, sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutama remaja.

mengandungi tiga bab utama, pertama rahsia iblis, syaitan dan jin merangkumi sejarah penciptaan, perbualan Iblis dengan Allah S.W.T. dan juga Baginda Rasulullah S.A.W.

Bab kedua pula membincangkan yahudi dan nasrani. merangkumi sejarah, gerakan zionis dan Freemansory, sekadar menyebut beberapa perkara.

Bab terakhir pula terdiri daripada racun-racun dakyah yang sungguh menarik untuk diperkatakan. contohnya, muslihat disebalik perayaan Tahun Baru, Hari Kekasih, April Fool dan banyak lagi sudah tentunya menarik perhatian anda.

Di samping memperoleh manfaat melalui pembacaannya, anda juga boleh menderma kepada Ma'ahad Tahfiz At-Tohoriah dengan membelinya pada harga RM10 sahaja. dapatkannya di kedai buku berhampiran.


Al-Faizin
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumahjirannyadanahlirumah-rumahdisekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang ygbersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahalanabi2 sertaAllahmelimpahkanpadanyarahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohonkeampunandanmendoakanbaginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama NabiAllahsehinggamatisyahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."Wassalam,"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu,Utamakan SHOLAT dan ZAKATuntukAkhiratMu"Subhanallah...
Labels: 0 comments | | edit post