Pembangunan Insan
salamun alaik...

teringat sebuah hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan peranan kita sebagai pendakwah...

maksud hadis : "Barang siapa yang mengucapkan Lailahailallah, dia adalah seorang dae'i"

Dae'i bermaksud orang yang menyeru..
Menyeru apa?
sesiapa saja di sekeliling kita termasuk diri sendiri...x ksh kawan atau lawan
Nak seru ke mana?
sudah semestinya ke jalan yang benar, jalan yang diredhai ALLAH...

Selalunya, orang yang bagi nasihat kat kita mesti orang yang lebih berpengalaman dan lebih tahu (ada ilmu)...sebab tu, sambil kita menyeru ni sambil tu jugak kita perbetulkan diri

Nak bagi contoh sikit, kita sebagai ajk balai Islam..mostly kebanyakan daripada kita yang pastinya bukan student API termasuklah saya pasti rasa segan, x yakin n macam2 lagi la yang membuatkan kita x yakin untuk memberi tazkirah, mengelola usrah dan yang sewaktu dengannya...

Namun hadis Rasulullah ada mengatakan "Sampaikanlah daripadaku ajaranku walau hanya satu ayat"...so, kalau kita sedar kita x blh nak bercakap untuk menyampai dakwah apa salahnya kita berdakwah guna method yang lebih praktikal kan?? Benda wajib x leh nak tinggal nanti berdosa n dakwah adalah salah satu kewajiban yang ALLAH dah tetapkan..

Rasulullah S.A.W. sendiri menunjukkan akhlak yang baik untuk dijadikan ikutan, so kita sebagai ajk balai Islam haruslah menyeru diri sendiri untuk berakhlak dengan lebih baik... contoh2 perkara yang kita boleh buat dan amalkan (berdasarkan persekitaran dan suasana 2nd ye..)


  • elakkan makan SEmeja antara lelaki dan perempuan, apatah lagi makan berdua-duaan (ada banyak lagi kot meja kosong kat du tu)
  • elakkan perbincangan ilmiah atau pun yang bukan ilmiah dalam suasana yang terlalu mesra (duduk dekat2, bual dekat2...bukan tak bagi bergurau senda tapi faham2 la...semua benda mesti ada batasnya)
  • tutup aurat dengan sempurna...nak turun ambil air, sidai kain or sekadar turun nak tengok tv... buat benda yg remeh tak bermaksud kita perlu meremehkan sekali perkara yang sgt tak boleh diremeh-remehkan
  • gelak yang berlebihan..saya pun kadang macam tu gak so sbb tu lah perlunya peringatan untuk menyedarkan kita semua
  • solat berjemaah...macam mana kita nak ajak orang turun berjemaah kalau kita sendiri mensia-siakan top-up pahala 27 kali ganda ni...kita buat orang lain buat...kita tak buat so orang lain pun tak buatlah...InsyaALLAH sekejap, tak ambil masa yang lama pun... tak pernah lagi ada dalam sejarah orang gagal exam sbb kononnya buang masa turun solat jemaah..subuh terutamanya, dan yang lain2 bukanlah yang kedua...seimbangkan semuanya

Sekadar terguran, nasihat dan peringatan untuk kita semua sebagai tanda kasih sayang kita sesama Muslim

"ISLAM tak perlukan kita tapi kita yang perlukan ISLAM"

Labels: | edit post
5 Responses
  1. Anonymous Says:

    interesting post
    just nak quote from kuliah ilmu ust hasrizal tyme kat fac pendidikan rituh
    dia cakap "People dun care how much you know until they know how much you care"
    Maksudnya, org xkan kisah brape byk ilmu yang kita ada sehingga mereka menyedari betapa kita mengambil berat ttg mereka...
    so, dakwah is about calling ppl to the cause of Allah, but its also an indicator of how much we really care about that person, not wanting any harm ataupun azab Allah sampai kepadanya...

    rasulullah berjumpa dengan Abu lahab banyak kali dalam sehari, hnya utk mengajaknya ke jalan Allah (peringatan, abu lahab tuh musuh Islam kuat tuh....huhu, kita seboleh-bolehnya xnak bertembung dgn muka musuh ketat kite) kerana dalam hati rasulullah xsanggup baginda melihat ada umat manusia yang menerima azab pedih Allah

    4 u 2 ponder
    wallahualam~
    (*_^)~


  2. akumaru Says:

    Salam.dakwah in other word ajak,seru, etc yg seangkatan dgnnya ke jalan kebenaran..we as a muslim that bring the islamic identity should show our best of character (akhlak islamiah).jgn jdkan dr kita as a fitnah to Islam..eg:pakaian da tutup aurat tp ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan bkn mahram)tak jage semata2 nak tunjuk ukhuwah kita sgt rapat..byk lagi caranya sahabat2 nk tnjuk ukhuwah..kan same je ngan org nonmuslim..so,kt ngan mereka ad beza tak?? same jela kalo nak kire kan.Islam memg tak melarang pergaulan antara lelaki dan perempuan tapi ad batas2nya..fikir2kan dan selamat berubah ke arah yg lebih baik..insyaAllah..mintak maaf kalo terkasar bahasa..


  3. putri_retno Says:

    salam, bkn senang utk kite berdakwah, walhal rasulullah pun hadapi byk rintangan & tentangan, tak terkecuali yg dtg dr keluarga baginda sendiri. sy, kdg2 terasa susah sgt nk tegur kwn, terutamanya yg rapat ngn kite, cm cozmate ke, rumate ke, sbb rase segan & mcm ade halangan sbb kite akan jumpe diorg setiap hari, or setiap saat. mcm mane yek? ade cdngn?


  4. -m3- Says:

    kenali kawan tu betul2, gune care teguran terbaik yang dapat sedarkan die...kalo betul kite kawan die, kite akan jumpe da right method...wALLAHualm, sekadar cdgn...
    ;)


  5. putri_retno Says:

    btul tu..sbb kekdg, ade kwn2 yg leh je sound direct, n ade yg kne berkias..yg penting kne berhikmah.. tq m3!


Post a Comment