Pembangunan Insan
Kenapa saya timbulkan persoalan in?? Soal kematangan dikalangan kita termasuklah diri saya sendiri?? Kebanyakan daripada kita berumur 19-24, umur yang sepatutnya di mana kita tahu menilai, memikirkan dan menimbang semua perkara dengan sebaik-baiknya sendiri.

kadang-kadang saya rasa mereka yang dilahirkan dalam keadaan hidup yang susah jauh lebih bertuah berbanding kita yang lahir trang tang tang semua benda di depan mata. Kebanyakan mereka yang hidup susah ini lebih bijak dalam mengenal erti kehidupan di usia yang lebih muda berbanding kita.. Betapa ruginya kita....

Pernah berlaku di depan mata saya dan saya hampir menitiskan air mata melihatnya, seorang sahabat saya di matrik yang terpaksa meminjam stapler besar(stapler guna untuk stapler buku tebal) dari kedai fotostat digunakan untuk membaiki seliparnya yang tercabut. Mungkin bagi kita sepatutnya sahabat saya ni patut menukar ke selipar yang baru, tapi benda ini berlaku disebabkan kebolehannya untuk menilai kehidupan dari perspektif yang kita sendiri belum capai.

Kat UM ni sendiri saya pernah berjumpa dengan seorang student yang terpaksa mencari side income sendiri untuk perbelanjaannya di kampus, sesorang yang rasa sangat berdosa dan bersalah kepada keluarganya apabila membelanjakan terlalu banyak duit, seorang yang sanggup bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan sekeping tiket bas rapid KL walaupun terpaksa mengorbankan banyak masa, tanpa menggunakan LRT atau pun komuter.

Saya tahu keluarga sahabat yang saya sebutkan tadi bukanlah sebuah keluarga yang susah, bukan keluarga yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bukan keluarga yang tinggal di pondok kecil. Tapi kenapa mereka buat begitu??

Semuanya kerana atas dasar kematangan diri yang xnak menyusahkan keluarga dan rasa bersalah untuk menyusahkan keluarga walau sesusah mana pun situasi mereka. Kematangan mengajar mereka berfikiran seperti itu, susah untuk diterangkan di sini tanpa kita melihat dan menilai sendiri perbuatan mereka. Pandangan mereka mengenai kehidupan lebih luas, penilaian mereka tentang kehidupan jauh lebih tinggi berbanding kita yang sebenarnya hanya mencapai kematangan umur dan bukannya kematangan fikiran. Mungkin bukan semua, namun pasti ada.

Kita?? Apa yang kita lakukan?? Dah lah bukan dalam kesusahan, tapi tetap menyusahkan keluarga. Melebihkan kehendak dalam kehidupan. Mind setting dan pegangan kita selagi bergelar student dan belum berkerja, selagi itulah kita perlu di support oleh mak dan ayah. Pernah x kita terfikir umur 20++ sepatutnya bukanlah umur yang perlu disupport oleh family lagi?? sedangkan kota Konstantinople, sebuat kota yang besar dibuka oleh seorang remaja yang berumur 18 tahun. Mungkin ada yang xbersetuju dengan pendapat ni, kerana keluarga yang sememangnya sedia kaya dan mampu untuk memberi, namun sekiranya kita cukup matang untuk menilai kehidupan, kita tak sepatutnya berfikiran apa yang perlu saya terima dari keluarga pada umur ini sebaliknya apa yang perlu saya berikan kepada mereka. Mungkin kita tak mampu untuk memberi sumbangan material, tapi cukuplah walaupun hanya dengan tidak menyusahkan mereka walaupun kita tahu yang mereka mampu.

Kawan saya(tajaan JPA) pernah berkata yang dia selalu ketandusan wang ketika hujung sem..saya berfikir...RM6000+RM6000=RM12 000-RM4000 (yuran kolej 2 sem)=RM8000...makan da settle..tapi?? akhirnya telefon rumah minta duit..

Kita xmatang kerana kita tak memikirkan sesuatu itu sedalam-dalamnya, melihat sesuatu tanpa disertai dengan minda yang bergerak untuk memikirkannya. berbuat sesuatu tanpa berfikir dulu kesannya...Oleh itu, kita perlu berubah dan nilai diri kita sekarang juga, melihat setinggi mana kematangan kita dalam menilai kehidupan ini.
Labels: | edit post
4 Responses
  1. -m3- Says:

    huhu...very true
    hanya mampu menggeleng bile denga cerita mcm cerita 'bdk tajaan JPA' di atas...
    trase gak ngan post ni...pasni kene ade buku bajet, hoho...


  2. akumaru Says:

    yup..banyak kebnarannya dengan ap yg dikatakan.kita hidup ni suka ikut nafsu..sepatutnye kena kekang nafsu dengan amal soleh dan ingatlah bahawa dunia ni penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi org kafir..beringatlah ktk gunakan duit biasiswa..adkah kita byk gunakan utk puaskan nafsu..shopping sesuka hati atau kita gunakan sebaiknya pada jaln yang diredhai Allah..think about it!!


  3. ezzat Says:

    malah sebenarnya ramai yang memeluk Islam pada peringkat awal dakwah Rasulullah adalah golongan belia atau pemuda pemudi macam kita ni. Saidina Ali masih berumur belasan tahun ketika menerima ajaran Allah ini. Begitu juga para sahabat yang laen.

    Saya cukup malu apabila terkenangkan pencapaian umat Islam (atau paling tidak pon umat manusia pada zaman dulu secara amnya) hingga yang mampu menakluk 2/3 dunia pada usia belia.

    Golongan umat manusia yang tidak takut untuk berjuang dan syahid di jalan Rabb, yang menjadikan akhirat sebagai matlamat. Namun, pemuda skrg (saya juga pemuda ya) lemah apabila result exam jatuh, putus cinta dan sebagainya.

    Astaghfirullah~


  4. cahaya Says:

    betul tu..duit biasiswa tu duit rakyat...udah ler xyah bayar blk..so,belanjakanlah ke tempat2 yg berfaedah..


Post a Comment